Jumaat, Disember 24, 2010

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) akan dilaksanakan di kawasan-kawasan tertentu untuk tujuan perniagaan dan ekonomi sementara pendekatan  lain adalah Jalur Lebar untuk Masyarakat Umum (BBGP). 

NBI membahagikan negara kepada tiga zon. Zon satu melibatkan kawasan ekonomi berimpak tinggi seperti kawasan tengah Lembah Klang dan Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor. Zon Dua membabitkan kawasan bandar dan separa bandar yang lain manakala Zon Tiga melibatkan kawasan luar bandar. 

Telekom Malaysia akan menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dengan akses 10 Mbps di zon ini. Penduduk di Zon satu juga akan mendapat akses kepada penyelesaian jalur lebar kompetitif yang lain. Empat kawasan awal yang akan diliputi perkhidmatan TM HSBB ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar. 
Pelan NBI membabitkan inisiatif swasta untuk menawarkan jalur lebar ke kawasan Zon Dua.  Penawarkan jalur lebar di Zon Tiga akan membabitkan usaha SKMM menggunakan dana Peruntukan Perkhidmatan Sejagat (USP). Peruntukan jalur lebar di kawasan berkenaan termasuk Telefoni Asas (menerusi rangkaian tetap dan mudah alih), Perpustakaan Jalur Lebar Komuniti (CBL) dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC). 
Liputan selular di kawasan berkenaan akan diperluas dengan membina lebih banyak menara komunikasi yang dibiayai oleh USP bagi membolehkan  operator selular meluaskan liputan masing-masing kepada 97 peratus penduduk menjelang 2011. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) pada 24 Mac 2010.  Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.  SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet, pos dan pensijilan digital. 5AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala  kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri.  Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.skmm.gov.my  

Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi:
Zeti Marziana Muhamed 
Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
T: +603 8688 8000
F: +603 8688 1007
E: ccd@cmc.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan