Isnin, Mei 30, 2011

MESYUARAT KHAS PERKHEMAHAN PONI KEBANGSAAN 2011


TER 30/05/11 - Mesyuarat khas Perkhemahan Poni Peringkat Kebangsaan 2011 yang melibatkan PEMANCAR Terengganu telahpun diadakan di Bilik Mesyuarat TER, Kuala Ibai, Terengganu, yang dipengerusikan oleh Dato' Hamzah.  Turut hadir Dato' Ramli Embong selaku Penasihat PEMANCAR, Naib Presiden PEMANCAR 9M2MSL Mohd. Sukri serta beberapa orang pegawai TER dan rakan-rakan PEMANCAR.


Mesyuarat membincangkan beberapa perkara penting yang perlu diambil tindakan oleh PEMANCAR dalam melaksanakan penugasan yang akan dipertanggungjawabkan terutamanya di majlis perasmian oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 06 JUN 2011 jam 3.00 petang.

Walaupun begitu, mesyuarat susulan bagi memperkemaskan lagi penugasan yang perlu dilaksanakan akan diadakan didalam jangka masa terdekat sebelum majlis perasmian.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan