Selasa, Mei 10, 2011

Mesyuarat Khas - Perkemahan PONI Peringkat Kebangsaan 2011


Mesyuarat Khas Fasa 1 - Perkemahan PONI Peringkat Kebangsaan 2011 telah diadakan di Sports Cafe Kompleks Sukan TER, Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang dipengerusikan oleh YBhg Dato' Ramli Embong selaku Penasihat PEMANCAR Terengganu.

Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan secara ringkas tujuan serta penganjuran perkemahan yang akan berlangsung pada 05/06/2011 sehingga 10/05/2011 di TER.  Perkemahan ini telah dianjur oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, melibatkan lebih kurang 200 orang pelajar dari seluruh Semenanjung akan mengambil bahagian. Beberapa buah sekolah berdekatan akan digunakan sebagai tempat penginapan peserta disepanjang perkhemahan tersebut.








YBhg. Dato' Ramli juga telah memaklumkan bahawa beliau telah dilantik sebagai Jawatankuasa Pengurusan Krisis yang bertanggungjawab diantaranya adalah Perhubungan, Keselamatan, Perubatan dan beberapa perkara lagi.  Oleh yang demikian beliau berharap pemantauan sepenuhnya disepanjang perkemahan tersebut akan dilaksanakan oleh PEMANCAR Negeri Terengganu.

Mesyuarat ditangguhkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan