Selasa, Mei 10, 2011

HAMFEST MALAYSIA 14 - 15 MEI 2011/ MENARA KUALA LUMPUR



Hamfest atau Ham Festival adalah acara yang dianjurkan oleh peminat radio amatur untuk berkumpul dan beramah mesra di antara satu sama lain sambil berkongsi pengalaman dan pengetahuan melalui sesi kelas dan seminar yang dijalankan. Selain itu, pameran radio dan jualan flea market juga boleh didapati di Hamfest, Di Malaysia, Hamfest pertama kali diadakan pada 30 Julai 2010 di Menara Kuala Lumpur dimana acara itu telah menarik perhatian lebih 3,000 orang pengunjung.
Hamfest Malaysia 2011 akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 14 & 15 Mei 2011
Masa: 10 pagi - 6 petang
Lokasi: Menara Kuala Lumpur
Jadual Acara

14 MAY 2011 (SABTU)
Tempat : Megaview 1 (TH03)
10.00 am : Majlis Perasmian Hamfest 2011
12:00 am : Mega eyeball bersama veteran radio amatur dan tetamu dari Radio Amatur Jakarta
02.00 pm : Pembentangan Teknologi HF Oleh En. Wan Zulkifli
03:00 pm : Pembentangan oleh Pn. Hjh. Fauziah Fadzil (Head CMCS QAS SIRIM)
04:00 pm : Pengurusan Bencana Bulan Sabit Merah Malaysia
05:00 pm : Taklimat Amateur Radio in School (ARiS)
06:00 pm : Taklimat CORE (Comunications and Responds) oleh En. Azli Paat
Tempat : Megaview 2 (TH03)
9:00 am - 5 pm : RAE CLASS
15 MAY 2011 (AHAD)
Tempat : Tapak Pameran
12:00 pm : Aktiviti Fox Hunting
2:00 pm : Aktiviti DXing
PEMANCAR akan turut menyertai Hamfest tersebut dan akan mempamerkan 3 projek homebrew oleh 9M2VOT A.Rashad iaitu SSB Exciter, Air Variable Capasitor dan RX Magnetic Loop Antenna.
Mana-mana ahli yang berminat untuk turut serta ke Hamfest ini, atau ingin membawa projek homebrew, sila hubungi 9M2BAL M.Iqbal 017-958 5603. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan