Rabu, Februari 23, 2011

Waspada e-mail dan laman web palsu TNB

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya oleh e-mail dan laman web palsu mengenai pengambilan pekerja, yang dikatakan dicipta penjenayah siber untuk tujuan mencuri maklumat peribadi dan sulit mereka.
Dalam kenyataan di sini hari ini, TNB menasihati orang ramai supaya mengabaikan dua e-mail berkenaan iaitu recruit@tnb-my.com dan hrd@tnb-my.com yang menawarkan peluang pekerjaan dalam TNB.

"Orang ramai juga dinasihati supaya tidak mengklik laman pemancing data http://www.tenaganasionalenergy-my.com/ yang mirip laman web sebenar TNB http://www.tnb.com.my,” kata kenyataan itu. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan