Selasa, Februari 22, 2011

PERAKUAN RADIO ELEKTRONIK KELAS PERTAMA

JADUAL KETIGA

PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
(STANDARD TEKNIK) 2000

(Peraturan 26(2))


PERAKUAN RADIO ELEKTRONIK KELAS PERTAMA

Untuk layak bagi suatu perakuan radio elektronik kelas pertama, seseorang calon hendaklah mempunyai kecekapan minimum yang berikut :

(a)       pengetahuan tentang prinsip-prinsip elektrik dan teori radio dan elektronik yang memadai untuk memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam perenggan (b), (c) dan (d) ;

(b)       pengetahuan teori tentang kelengkapan radiokomunikasi GMDSS, begitu juga pengetahuan am tentang prinsip kelengkapan lain secara am yang digunakan bagi radionavigasi, khususnya penyenggaraan kelengkapan dalam perkhidmatan ;

(c)        pengetahuan praktikal tentang pengendalian dan pengetahuan tentang penyenggaraan pencegahan kelengkapan radiokomunikasi GMDSS yang disebut dalam peranggan (b) ;
[Pin. P.U. (A) 261/2001]

(d)       pengetahuan praktikal yang perlu bagi lokasi dan membaiki, dengan menggunakan kelengkapan dan peralatan menguji yang sesuai, tentang kerosakan dalam kelengkapan radiokomunikasi GMDSS yang disebut dalam peranggan (b) yang boleh berlaku semasa suatu perjalanan ;
[Pin. P.U. (A) 261/2001]


(e)       pengetahuan praktikal yang terperinci tentang pengendalian semua subsistem GMDSS dan kelengkapan radiokomunikasi;

(f)        berkebolehan untuk menghantar dan menerima pesanan dengan betul melalui radiotelefon dan telegrafi cetakan terus ;

(g)       pengetahuan yang terperinci tentang Peraturan-Peraturan Radio Pertubuhan Telekomunikasi Antarangsa berhubung dengan radiokomunikasi, pengetahuan tentang dokumen berhubung dengan caj bagi radiokomunikasi dan peruntukan Konvensyen Antarabangsa bagi Keselamatan Nyawa di Laut berhubung dengan radiokomunikasi; dan
[Pin. P.U. (A) 261/2001]

(h)       mahir dalam bahasa Inggeris, kedua-duanya secara lisan dan bertulis.

PERAKUAN RADIO ELEKTRONIK KELAS KEDUA

Untuk layak bagi suatu perakuan radio elektronik kelas kedua, seseorang calon hendaklah mempunyai kecekapan minimum yang berikut :

(a)       pengetahuan tentang prinsip-prinsip elektrik dan teori radio dan elektronik yang memadai untuk memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam perenggan (b), (c) dan (d) ;

(b)       pengetahuan teori am tentang kelengkapan radiokomunikasi GMDSS, begitu juga pengetahuan am tentang prinsip kelengkapan lain secara am yang digunakan bagi radionavigasi, khususnya penyenggaraan kelengkapan dalam perkhidmatan ;

(c)        pengetahuan praktikal tentang pengendalian dan pengetahuan tentang penyenggaraan pencegahan kelengkapan radiokomunikasi GMDSS yang disebut dalam perenggan (b) ;
[Pin. P.U. (A) 261/2001]

(d)       pengetahuan praktikal yang perlu untuk membuat pembaikan dalam hal kerosakan dalam kelengkapan yang disebut dalam perenggan (b), dengan menggunakan apa-apa yang terdapat di atas kapal dan, jika perlu, menggantikan unit modular ;

(e)       pengetahuan praktikal yang terperinci tentang pengendalian semua subsistem GMDSS dan kelengkapan radiokomunikasi ;

(f)        berkebolehan untuk menghantar dan menerima pesanan dengan betul melalui radiotelefon dan telegrafi cetakan terus ;

(g)       pengetahuan yang terperinci tentang Peraturan-Peraturan Radio Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa berhubung dengan radiokomunikasi, pengetahuan tentang dokumen berhubung dengan caj bagi radiokomunikasi dan peruntukan Konvensyen Antarabangsa bagi Keselamatan Nyawa di Laut berhubung dengan radiokomunikasi ; dan

[Pin. P.U. (A) 261/2001]

(h)       mahir dalam bahasa Inggeris, kedua-keduanya secara lisan dan bertulis.

PERAKUAN PENGENDALI AM

Untuk layak bagi suatu perakuan penggendali am, seseorang calon hendaklah mempunyai kecekapan minimum yang berikut :

(a)       pengetahuan praktikal yang terperinci tentang pengendalian semua subsistem GMDSS dan kelengkapan radiokomunikasi ;

(b)       kebolehan untuk menghantar dan menerima pesanan dengan betul melalui radiotelefon dan telegrafi cetakan terus ;

[Pin. P.U. (A) 261/2001]

(c)        pengetahuan yang terperinci tentang Peraturan-Peraturan Radio Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa berhubung dengan radiokomunikasi, pengetahuan tentang dokumen berhubung dengan caj bagi radiokomunikasi dan peruntukan tentang Konvensyen Antarabangsa bagi Keselamatan Nyawa di Laut berhubung dengan radiokomunikasi ; dan

[Pin. P.U. (A) 261/2001]

(d)       mahir dalam bahasa Inggeris, kedua-duanya secara lisan dan bertulis.

PERAKUAN PENGENDALI TERHAD

Untuk layak bagi suatu perakuan pengendali terhad, seseorang calon hendaklah mempunyai kecekapan minimum yang berikut :

(a)       pengetahuan praktikal tentang pengendalian semua subsistem GMDSS dan kelengkapan radiokomunikasi yang dikehendaki semasa kapal sedang belayar dalam lingkungan julat frekuensi yang sangat tinggi ( " VHF " ) stesen-stesen pantai ;

(b)       berkebolehan untuk menghantar dan menerima pesanan dengan betul melalui radiotelefon ;

(c)        pengetahuan tentang Peraturan-Peraturan Radio Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa berhubung dengan komunikasi radiotelefon dan secara khusus, bagi bahagian berhubung dengan keselamatan nyawa ; dan

[Pin. P.U. (A) 261/2001]

(d)       boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.

PERAKUAN PENGENDALI RADIO AMATUR

1. Untuk layak bagi suatu perakuan pengendali radio amatur, seseorang calon hendaklah mempunyai kecekapan minimum yang berikut :

(a)       berkebolehan untuk menghantar pesanan dengan betul atas kunci radiotelegraf, kunci separa automatik atau kunci tangan elektronik bagi 3 minit berturut-turut pada kelajuan tidak kurang daripada dua belas perkataan seminit dalam bahasa mudah, termasuklah angka, tanda baca, isyarat " Q " dan isyarat kecemasan dalam Kod Morse antarabangsa.

[Pin. P.U. (A) 261/2001]

(b)       berkebolehan untuk menerima pesanan dengan betul melalui pendengaran dan menulis dengan tulisan yang dapat dibaca atau ditaip tidak kurang daripada tiga minit berturut-turut pada kelajuan yang tidak kurang daripada dua belas perkataan seminit dalam bahasa mudah, termasuklah angka, tanda baca, isyarat " Q " dan isyarat kecemasan dalam Kod Morse antarabangsa ; dan
[Pin. P.U. (A) 261/2001]

(c)        berkebolehan untuk menjawab soalan dalam peperiksaan bertulis tentang ---

(i)        teori asas elektrik, elektronik dan radiokomunikasi ;

(ii)        teori dan pengendalian apa-apa kelengkapan radio amatur termasuklah sistem antena, talian pemancar, transistor, penguat dan modulasi frekuensi dan teknik-teknik jalur sisi tunggal ;

(iii)       peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang terpakai bagi penubuhan dan pengendalian stesen yang melaksanakan perkhidmatan eksperimen amatur ; dan

(iv)       Peraturan-Peraturan Radio Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa yang terpakai bagi pengendalian stesen yang melaksanakan perkhidmatan eksperimen amatur dan peruntukan-peruntukan yang berhubung dengan pengendalian stesen secara am.

[Pin. P.U. (A) 261/2001]

2.         (1)       Seseorang calon bagi perakuan pengendali radio amatur Kelas A dikehendaki
untuk lulus peperiksaan yang dinyatakan dalam perenggan 1(a), (b) dan (c).

(2)       Seseorang calon bagi perakuan pengendali radio amatur Kelas B dikehendaki untuk lulus peperiksaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(c).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan