Memaparkan catatan dengan label Nelayan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nelayan. Papar semua catatan

Isnin, Februari 04, 2013

Pukat tunda dan pukat buaya bakal diharam


Kerajaan akan mengharamkan penggunaan pukat buaya dan pukat tunda dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah kepupusan ikan yang semakin serius sejak akhir-akhir ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum.
"Sekarang kita tunggu masa yang sesuai saja. Kita akan bagi notis kepada mereka (nelayan) dan akan kuatkuasakan bila-bila masa sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lesen sampan untuk nelayan di utara Kedah di sini hari ini.

Isnin, Januari 07, 2013

Nelayan perlu isytihar hasil tangkapan elak ketirisan minyak subsidi


KUANTAN 6 Jan. - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yakin mampu menangani masalah ketirisan minyak diesel bersubsidi dalam kalangan nelayan dengan cara mewajibkan mereka mencatatkan hasil tangkapan setiap kali turun ke laut.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohad Khazin Hamzah berkata, berkuat kuasa tahun ini, semua nelayan perlu mengisytiharkan jumlah tangkapan di dalam buku log yang disediakan di setiap jeti pendaratan ikan.

Selasa, Julai 26, 2011

Bijak cari pasaran, elak lambakan hasil



Golongan petani, penternak dan nelayan di negeri ini perlu bijak, kreatif dan berani meneroka ilmu berkaitan teknologi supaya mampu memasarkan produk masing-masing sehingga ke luar negara.

Langkah itu wajar disahut mereka berikutan bukan saja mampu menambah pendapatan malah dapat membantu kerajaan mengurangkan kadar import bahan mentah terutama beras, cili dan daging dari pelbagai negara.