Memaparkan catatan dengan label LKIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LKIM. Papar semua catatan

Isnin, Januari 07, 2013

Nelayan perlu isytihar hasil tangkapan elak ketirisan minyak subsidi


KUANTAN 6 Jan. - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yakin mampu menangani masalah ketirisan minyak diesel bersubsidi dalam kalangan nelayan dengan cara mewajibkan mereka mencatatkan hasil tangkapan setiap kali turun ke laut.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohad Khazin Hamzah berkata, berkuat kuasa tahun ini, semua nelayan perlu mengisytiharkan jumlah tangkapan di dalam buku log yang disediakan di setiap jeti pendaratan ikan.