Ahad, September 25, 2011

Terengganu Bina Bangunan Untuk Persatuan Pesara Guru


KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Teregganu akan membina sebuah kompleks bernilai RM9 juta di Kampung Telemong, Hulu Terengganu untuk kegiatan Persatuan Guru-guru Bersara Negeri Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata projek yang dinamakan Kompleks Desa Taqwa itu ialah untuk menyediakan tempat bagi pesara guru menjalankan aktiviti terutama dalam bidang keagamaan.

"Apabila siap kelak ia akan dijadikan pusat pembelajaran dalam bidang keagamaan yang berkonsepkan sekolah pondok," katanya ketika berucap pada majlis Jasamu Dikenang untuk meraikan 272 pesara guru di sini, Ahad. Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Guru-guru Bersara negeri Terengganu Datuk Abdul Rashid Ngah.
Ahmad Razif berkata kompleks yang dijangka siap pada akhir tahun depan itu boleh dijadikan sebagai tempat menimba ilmu dan pengalaman di kalangan guru-guru bersara kelak. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan