Sabtu, Mei 21, 2011

PUKAT PANTAI DI PERSISIR PANTAI PULAU KERENGGA, MARANG


Aktiviti memukat ikan dikawasan persisir pantai fasa ketiga diteruskan lagi oleh rakan-rakan Pemancar.  Kali ini dipersisir pantai Pulau Kerengga, Marang, Terengganu berhadapan dengan Jabatan Penjara Marang.  Seramai 14 orang rakan-rakan HAM termasuk beberapa orang pegawai Jabatan Penjara turut serta didalam aktiviti yang dianjurkan.


Bermula dari jam 8.00 malam dan selesai jam 11.30 malam, memandangkan sinaran bulan begitu bercahaya dan menyukarkan pemukatan ikan dijalankan, berlebih-lebih lagi keadaan air begitu jernih dan begitu kurang ikan untuk berlarian ditepian pantai.  Namun begitu hasilnya tidak mengecewakan, dianggarkan lebih kurang 10 kilogram ikan berbagai jenis berjaya dinaikan.



















Hasil penat lelah rakan-rakan tidak dihampakan, dimana setelah selesai aktiviti tersebut, keseluruhan rakan-rakan telah membawa hasil pukatan ke sebuah gerai di kawasan berdekatan dan menjamu selera dg masakan ikan yang dipukat.  Begitu menyelerakan, perut sudah lapar, rakan-rakan turut membantu pengusaha gerai makan menyiapkan hidangan untuk dimakan bersama.


Blogger juga tidak ketinggalan beraksi ditepian pantai








Tarik....tarik..... begitulah semangat kerjasama yang ditunjukkan






Ada juga bapok terlepas ditepian pantai !!

Syabas ! usaha murni sedemikian perlu diteruskan dari masa kesemasa bagi mengeratkan tali silaturahhim diantara rakan.

Tukang masak upahan




Masing-masing dah tak sabar untuk menjamu selera


Hai.... bergaya sungguh.... sama macam ??????


Amboi-amboi..amboi... lapar sangat la tu...



Tunggu aktiviti memukat di persisir pantai fasa keempat akan datang.  Mendaftar segara dan jangan ketinggalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan