Kerajaan negeri akan menaja 110  orang guru  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaaan  (SK)  membuat lawatan  ke luar negara bermula Ogos depan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji  Ahmad Said berkata,  jasa guru tidak ternilai dengan wang ringgit dan  sebagai menghargai  jasa mereka yang  mendidik anak bangsa hingga  mencapai kejayaan  sekaligus mengharumkan nama negeri.

‘Daripada jumlah berkenaan , 50  orang guru besar SK yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah  (UPSR) akan dibawa melawat ke Korea pada cuti sekolah Ogos ini dan   meninjau kelas maya yang ada di negara berkenaan,” katanya kepada  pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri, di  Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun  hari ini.
 Hadir  sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains,  Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman;  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam  negeri, YB Datuk Haji Za'abar Mohd Adib; Pengerusi yayasan Pelajaran  Mara, Datuk Rosli Mat Hasan  dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Encik  Razali Daud.
Hadir  sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains,  Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman;  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam  negeri, YB Datuk Haji Za'abar Mohd Adib; Pengerusi yayasan Pelajaran  Mara, Datuk Rosli Mat Hasan  dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Encik  Razali Daud.“Manakala  60 orang lagi terdiri   pengetua SMK yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) (30)  dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia  (STPM) (30) akan dibawa melawat   ke Perth, Australia,” katanya.
Menurut Menteri Besar,  ini  merupakan tahun ketiga kerajaan  menaja lawatan guru-guru keluar negara  di mana tahun lalu seramai 30 orang tapi tahun ini tambah 20 orang lagi  memandangkan kita dah 10 tahun berturut menjadi negeri terbaik dalam  keputusan peperiksaan itu.
Dato’ Seri Haji Ahmad juga  memberitahu, seramai 10 orang guru cemerlang akan dibawa menunai umrah  melalui penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud  (LTSM) ke  Madinah yang akan berlepas pada 27 Julai nanti.
“Pemilihan calun guru cemerlang  akan diserah kepada  Jabatan  Pelajaran  negeri bagi menentukan  guru  mana yang paling layak menerima anugerah ini,” katanya.

Sementara itu katanya, seramai 3,500 orang guru Tahun Enam akan mula menerima pemberian komputer riba bermula akhir Jun ini.
“Kerajaan membelanjakan RM3 juta untuk tujuan berkenaan dalam usaha melestarikan pendidikan terbilang dan terus unggul di negeri ini,” katanya.
Bersempena  dengan majlis  berkenaan, Menteri Besar  turut melancarkan dua buah buku berjudul   ‘Janji ‘ dan Jejak Razali – Wira dan Tokoh Pendidik’  hasil karya   Haji  Mohamad Jusoh.
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan