Sabtu, Mac 26, 2011

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEMANCAR KALI KE 5 - 2011


Mesyuarat Agung Pemancar Kali Ke 5 Tahun 2011 berlangsung pada hari ini 26 Mac 2011 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Ceria, Komplek Sukan TER (Terengganu Equestrian Resort) Kuala Ibai, Kuala Terengganu.  Lebih kurang 60 ahli-ahli Pemancar hadir di mesyuarat tersebut.  Turut hadir di majlis yang diadakan adalah YBhg En. Hambali Abdul Latiff, Penyelidik Kanan Kepada Menteri Besar Terengganu, YBhg Dato' Hamzah bin Muhamad, Pengerusi Yayasan Kebajikan Perkasa Alam Terengganu, YBhg Dato' Ramli bin Embong (Penasihat Pemancar), Tuan Haji Amrun Mamat (Pengurus) TER.  Mesyuarat Agung telah dirasmikan oleh YBhg. En. Hambali Abdul Latiff.

Majlis diserikan lagi dengan perasmian Pejabat PEMANCAR yang baru di Lot. 1, Tingkat Satu, Komplek Sukan TER, Kuala Ibai, Kuala Terengganu oleh YBhg. En. Hambali Abdul Latiff.  Selesai majlis perasmian, jamun minum pagi diedarkan kepada para tetamu serta hadirin yang hadir.

YBhg. En. Hambali Abdul Latiff bersama YBhg. Dato' Ramli Embung

YBhg. Dato' Ramli Embung bersama YBhg. Dato' Hamzah Muhamad


Pengerusi Majlis - 9W2TVZ Ariff

Ahli-ahli Pemancar yang hadir



Presiden Pemancar yang baru 9W2WSY Wan Md. Syukri Wan Mohd Ali

YBhg. En. Hambali Abdul Latiff, Penyelidik Kanan Kepada Menteri Besar Terengganu





YBhg. En. Hambali Abdul Latif sedang memotong ribbon sempena perasmian pejabat baru
PEMANCAR Terengganu

YBhg. En. Hambali diberi taklimat ringkas oleh Presiden serta YBhg. Dato' Ramli merangkap Penasihat PEMANCAR

DJ terkenal - 9W2DHI - Mohd. Radhi

Amboi.... senyum lebar Kak Seniah 9W2SSR


9W2TVZ sedang mendendangkan lagu Irama Dangdut


YBhg. En. Hambali bersama 9W2MBT Cikgu Mohamed




YBhg. Dato' Hamzah dan YBhg. Dato' Ramli sedang menikmati jamuan yang disediakan

Tambah kapsyen

Bapak Presiden 9W2WSY Wan Md. Syukri  bersama 9W2WNA Cikgu Wan





Hai..hai...hai siapa pulak yang minum menggunakan susu botol bayi tu....
9W2 JYA, 9W2 WZA, 9W2 KTJ dan 9W2 IMW atau siapa???


Begitu ceria sekali nampaknya semua rakan-rakan yang hadir

9W2BNO Cikgu Jamalullail
"SATU PEMANCAR, SATU SUARA DAN SATU TENAGA"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan