Sabtu, Mac 26, 2011

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEMANCAR KALI KE 5 - 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Pemancar Kali Ke 5 - Tahun 2011 di Pengerusikan oleh 9W2BNO Cikgu Norjamalullail.  Diantara agenda mesyuarat adalah sepertimana berikut:

1.     Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Agung
2.     Perlantikan Pencatat Minit Mesyuarat Agung
3.     Ucapan Presiden Sesi 2010/2012
4.     Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 4
5.     Perkara-Perkara Berbangkit
6.     Laporan Kewangan Sesi 2010
7.     Laporan Aktiviti Sesi 2010
8.     Pembentangan Usul.




USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEMANCAR KALI KE 5:

Dari Zon Kuala Terengganu / Marang:

Usul 1:

          1.1  Penetapan halatuju PEMANCAR ke arah memartabatkan "RADIO AMATUR" 
                 dengan sukatan 4 tanda ukur KPI -
                 1.1.1  Keahlian - penambahan ahli yang bersetuju untuk TAAT dan AKUR dengan
                           peraturan dan perintah Kelab.
                 1.1.2  Pengetahuan:
                           -  Berpengetahuan dalam pemasangan radio dan penyelenggaraan
                           -  Pengendalian - standard QSO yang patut digunakan ketika Mode Biasa,
                               Operasi dan Kecemasan.
                           -  Pancar Ulang - statik Repeater, Mobil Repeater, Komersil Repeater.
                 1.1.3  Kewangan:
                           -  Yuran Pendaftaran & Yuran Tahunan.
                           -   Sumbangan aktiviti-aktiviti dan Program-Program
                 1.1.4  Aturcara Kerja - proses (SOP)
                           -  Pengurusan Keahlian
                           -  Pengurusan Repeater
                           -  Pengurusan Kewangan
                           -  Pengurusan Aktiviti Tahunan - Field Day Event, Pameran/Expo, Majlis Berbuka
                               Puasa, Majlis Hari Raya, Lawatan Muhibbah / Konvoi, Aktiviti Amal,
                               Aktiviti Rekreasi & Riadah.
                           -  Pengurusan Aktiviti Bulanan - Eyeball, Perjumpaan Mingguan.

Usul 2:       

          Mengadakan/menyediakan satu buku panduan ringkas Radio Amatur Pemancar yang mudah
          difahami dan diikuti oleh ahli-ahli baru dan ahli sediada.  yang merangkumi:
          
          2.1  Pengetahuan asas "Radio Amatur"
          2.2  Jenis-Jenis Peralatan
          2.3  Jenis-Jenis Frequensi
          2.4  Cara-cara Ber 'QSO' di simplex dan Repeater, berdua, berkumpulan, operasi
                 dan kecemasan.
          2.5  Larangan-larangan (perkara-perkara yang tidak dibenarkan)

Usul 3:

          Mewujudkan satu platform untuk perbincangan diantara kumpulan teknikal repeater 
          dan keseragaman repeater-repeater bagi tujuan perkongsian ilmu dan sumber-sumber
          barangan dan peralatan serta teknik-teknik penyelenggaraan yang efektif dan efisyen.


Usul 4:

          Mewujudkan pengurusan berpusat (HEADQUARTERS) dan sistematik serta mewujudkan
          cawangan-cawangan (bersyarat 30 ahli yang aktif) bagi memudahkan urustadbir program-
          program dan aktiviti-aktiviti setempat.

Usul 5:

          Melakukan satu lonjakan Paradigma (Paradigm Shift) dengan pembentukan dan penjenamaan
          semula secara menyeluruh yang bersifat "ETHICAL, PROACTIVE & RESPONSIVE" 
          (Beretika, Pro-aktif dan pantas Bertindak).  Mewujudkan satu perspektif "MESRA dan
          SEDIA MEMBANTU".  Serta melaksanakan keseragaman bagi tujuan menambah pengukuhan
          kesefahaman dan penjimatan dalam perbelanjaan.


Usul 6:

          Mengadakan "Linking Repeater" di antara daerah dan negeri bagi tujuan bertukar buah fikiran
          dan perkongsian maklumat.

Usul 7:

          Mewujudkan "Gateway Repeater" bagi tujuan penggunaan echo-link berkomunikasi.

Usul 8:

          Mewujudkan "Digipeater" bagi tujuan APRS.


Usul 9:

          Mengadakan satu sistem database online untuk ahli-ahli menyemak status dan mengemaskini
          maklumat diri serta melakukan pembayaran yuran keahlian secara online.

Usul 10:

          Menyediakan stok minimum peralatan radio untuk membantu ahli baru dan sediakan mendapatkan
          peralatan asas seperti radio, antenna dan aksesori.  TERHAD KEPADA AHLI SAHAJA bagi
          memberi kemudahan kepada ahli untuk mendapatkan barangan permulaan dan penyelenggaraan.
          Lingkungan permulaan harga diantara RM500.00 - RM700.00.

Usul 11:

          Menyediakan kemudahan penyampaian berita atau makluman melalui SMS berkumpulan
          kepada ahli yang ingin melanggani bagi tujuan mengikuti perkembangan kelab dengan yuran
          tambahan RM15.00 setahun.


Usul 12:

          Pengesahan pelantikan Timbalan Presiden yang memangku jawatan Presiden kepada Jawatan
          Presiden secara sah sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung pemilihan tahun 2012 diadakan.
          Jawatan Timbalan Presiden hendaklah dilantik di kalangan Ahli Jawatankuasa Induk yang
          mempunyai undian terbanyak dalam Mesyuarat Agung 2010 dan tidak ada pemilihan lain atau
          pemilihan semula dalam Mesyuarat Tahunan 2011. (Presiden - 9W2WSY Wan Md Syukri bin
          Wan Mohd Ali dan Tim. Presiden - 9M2MSL Mohd. Noor Sukri bin Yusoff)

Usul 13:

          Mewujudkan jawatan kuasa Biro Remaja dan pelantikan bolehlah dilakukan dalam 
          mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk.

Usul 14:

          Memansuhkan Fasal 4 (Para 4) yang menyatakan setiap 'seorang pelajar Universiti atau Kolej
          Universiti perlu mendapatkan terlebih dahulu kelulusan secara bertulis daripada Naib Canselor
          Universiti berkenaan.


Usul 15:

          Pemberian Dana Repeater kepada zon-zon berdasarkan kutipan yuran daripada zon sebanyak
          2/3 daripada jumlah sumbangan yuran tahunan ahli-ahli zon berkenaan.  Ini bertujuan memberi
          galakan kepada zon-zon berkenaan dalam pembayaran yuran tahunan dan membantu zon-zon
          dalam menyelenggara repeater.

Usul 16:

          Menjalankan program ARDF (Amateur Radio Direction Finding) di peringkat kelab atau
          jemputan.  Ini bertujuan memberi pengetahuan kepada ahli kelab dalam ARDF.


Usul 17:

          Memastikan ahli-ahli yang bermasalah yang sengaja mencetuskan permasalahan di dalam kelab
          diberi amaran dan dihadapkan kepada Biro Disiplin Kelab Pemancar.  Penyebaran fitnah,
          penulisan dalam Facebook yang bertujuan memburukkan ahli lain dan melaga-lagakan ahli
          perlu diberi perhatian serius kerana inik boleh merosakkan kreabiliti dan keutuhan kelab.

Usul 18:

          Memberikan kuasa penuh kepada Biro Disiplin dalam melaksanakan tugas dan memberikan
          hak pelucutan keahlian kepada Biro Disiplin dengan sepenuhnya setelah AJK Induk berpuas
          hati dengan laporan yang dikemukakan.


Usul 19:

          Memberikan kuasa pemantuan kepada 9M2 yang ada di dalam kelab dan hak menasihat ahli-ahli
          yang berkomunikasi menggunakan repeater jika didapati ahli berkenaan melanggar tatasusila
          penggunaan radio amatur.

Usul 20:

          Kelab mewujudkan satu pasukan bertindak bagi tujuan membantu agensi kerajaan jika berlaku
          bencana.  Pasukan ini mestilah diberikan latihan yang secukupnya dan boleh digerakkan bila-bila
          masa ke tempat bencana.

Dari Zon Hulu Terengganu

Usul 1:

          Penjelasan mengenai nombor keahlian yang berubah.

Usul 2:

          Mencadangkan supaya AJK Induk dianggotai oleh dua wakil dari setiap zon.  Pengundian
          hanya dijalankan pada Presiden dan Timbalan Presiden yang melibatkan pemindaan pada
          Perlembagaan Pemancar.


Mesyuarat ditangguh pada jam 2.00 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan