Selasa, Februari 22, 2011

Peraturan 8 - Kategori Pendaftaran

P.U. (A) 124/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) 2000

BAHAGIAN II - AGENSI PEMERAKUAN

Peraturan 8. Kategori pendaftaran

(1)       Agensi pemerakuan yang didaftarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 186 Akta dan peraturan 7, hendaklah seperti berikut :
[Pin. P.U. (A) 261/2001]

(a) kategori kelengkapan komunikasi ;  [Pin. P.U. (A) 261/2001]
(i)      keselamatan elektrik ;
(ii)     kekebalan dan keserasian elektromagnetik dalam mana-mana atau semua jalur frekuensi 
         yang berikut :
(A) kurang daripada 30 kHz ;
(B) antara 26 kHz dan 1300 MHz ; dan
(C) lebih daripada 1000 MHz ;

(iii)          kesalingbolehkendalian rangkaian bagi mana-mana atau semua yang berikut :

(A) rangkaian suis awam dan telefon bersel ;
(B) rangkaian data ; dan
(C) perisian ;

(iv)         wayarles dalam mana-mana atau semua jalur frekuensi yang berikut :

(A) kurang daripada 30 kHz ;
(B) antara 26 kHz dan 1300 MHz ; dan
(C) lebih daripada 1000 MHz ;

(v)          radas gelombang cahaya; atau [Pin. P.U. (A) 261/2001]

(vi)         pengkabelan dan aksesori terutamanya yang menggunakan mana-mana atau semua kaedah perambatan yang berikut :

(A) kabel jenis panduan gelombang ;
(B) kabel berdasarkan optik ; dan
(C) kabel lain, termasuk kuprum dan aluminium ; atau
[Pin. P.U. (A) 261/2001]
(b)          kategori bidang kemahiran yang ditetapkan.

(i)           pengendali radio-Perakuan Radio Elektronik Kelas Pertama;
(ii)          pengendali radio-Perakuan Radio Elektronik Kelas Kedua;
(iii)         pengendali radio-Perakuan Pengendali Am;
(iv)         pengendali radio-Perakuan Pengendali Terhad;
(v)          pengendali radio-Perakuan Pengendali Radio Amatur (Kelas A dan Kelas B);
(vi)         pemberi pengkabelan-pasangan kuprum bagi premis pelanggan (pemasangan,     
              penyambungan, ujian dan penyenggaraan);
(vii)       pemberi pengkabelan-kabel sepaksi bagi premis pelanggan (pemasangan,  penyambungan, ujian dan penyenggaraan);
(viii)      pemberi pengkabelan-optik gentian bagi premis pelanggan (pemasangan, penyambungan, ujian dan penyenggaraan);
(ix)        pemberi pengkabelan-reka bentuk rangkaian pengkabelan bagi premis pelanggan;
(x)       pemberi pengkabelan-pasangan kuprum bagi rangkaian (pemasangan, penyambungan, ujian dan penyenggaraan aerial dan di bawah tanah);
(xi)         pemberi pengkabelan-kabel sepaksi bagi rangkaian (pemasangan, penyambungan, ujian dan penyenggaraan aerial di abawah tanah);
(xii)        pemberi pengkabelan-optik gentian bagi rangkaian (pemasangan, penyambungan, ujian dan penyenggaraan aerial dan di bawah tanah);
(xiii)       pemberi pengkabelan-reka bentuk rangkaian pengkabelan bagi rangkaian;
(xiv)       kelengkapan komunikasi-pemasangan, ujian dan penyenggaraan kelengkapan radio;
(xv)        kelengkapan komunikasi-pemasangan, ujian dan penyenggaraan kelengkapan bukan   radio;
(xvi)       kelengkapan komunikasi-reka bentuk kemudahan rangkaian radio; atau
(xvii)      kelengkapan komunikasi-reka bentuk kemudahan rangkaian bukan radio.
[Gan. P.U. (A) 261/2001]

(2)          Suruhanjaya boleh menyemak dan mengubah suai kategori pendaftaran bagi jenis kelengkapan komunikasi dan bidang kemahiran yang ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan