BESUT, 28 Ogos (Bernama) -- Gerakan penyebaran fahaman Syiah turut dikesan di Terengganu dengan semua pengerusi masjid negeri itu dilaporkan menerima bahan bacaan berkaitan ajaran itu.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Khazan Che Mat berkata semua pengerusi masjid dan pihak berkenaan menerima kiriman berkenaan menerusi khidmat Pos Berdaftar beberapa hari lalu.
