Memaparkan catatan dengan label Maulidur Rasul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maulidur Rasul. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 25, 2013

Detik kemeriahan sambutan Maulidur Rasul 1434H di seluruh negara


KUALA LUMPUR 24 Jan. - Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1434H di Putrajaya berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 13,000 peserta.

Bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’, turut berangkat pada majlis itu adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri, Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sambutan kali ini turut diserikan dengan perarakan motosikal berkuasa tinggi, unit berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya serta pasukan bot air.

Sementara itu, di seluruh negara, sambutan yang sama juga diadakan di negeri-negeri dengan turut diserikan dengan keberangkatan Sultan, Raja, Yang Dipertuan Besar, Yang Dipertua Negeri dan para pembesar di negeri masing-masing.

Acara sambutan bermula dengan perarakan kontinjen yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan sekolah. - UTUSAN


SAMBUTAN DI TERENGGANU

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Keberangkatan baginda disambut, Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.

 Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan `Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah’ itu turut diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran, persembahan nasyid, bacaan rawi, syair dan kemudiannya ucapan Dato’ Seri Haji Ahmad.

Selasa, Februari 15, 2011

Salam Maulidur Rasul Buat Umat Islam Di Seluruh Dunia

Assalamualaikum...
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di dunia ini..Marilah kita sama-sama mengingati Baginda S.A.W, berselawat ke atasnya dan menginsafi segala dosa-dosa kita yang lalu..Semoga sempena hari kelahiran Nabi Muhammad dapat memberi semangat dan kelahiran baru buat kita..

Tanpa Baginda kita akan sesat
Tanpa Baginda kita akan jahil
Tanpa Baginda kita pasti tak mengenali Islam
Terima kasih Rasulullah S.A.W

Marilah kita ambil masa seketika
Berselawat dan mengingati Baginda
Kita Ummatnya..
"Tidaklah aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat seluruh alam" (al-Anbia': 107)