Sabtu, September 03, 2011

EYEBALL DAN BBQ RAKAN PEMANCAR DIPANTAI PANDAK, CHENDERING


PEMANCAR 02/09/2011 - Program BBQ dan Eyeball rakan-rakan Pemancar Kuala Terengganu telah diadakan di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu.  Selain daripada itu majlis diadakan sempena menyambut hari lahir Presiden Pemancar 9W2WSY Wan Mohd. Syukri. Seramai 30 orang rakan-rakan Pemancar terdekat hadir di majlis tersebut bagi memeriahkannya.

Jumaat, September 02, 2011

Perut gendut hati-hati berhari raya


Image Detail

Hari ini pula Raya masuk hari ketiga. Silap hari bulan kadar kolesterol, gula dan garam menjulang jika anda langgar pantang. Apa tidaknya kalau sayur lodeh, rendang lembu, ayam kurma, kari, kuih-muih sudah jadi santapan harian tak sampai seminggu badan macam dipam-pam.

Nak bersenam pula ikut mood, konon tunggu datang seru. Akibatnya? Badan selalu buat ragam.

Khamis, September 01, 2011

EYEBALL BERSAMA RAKAN DARI AMPANG DAN SHAH ALAM


Kuala Terengganu 01/09/2011 - Sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri serta Kemerdekaan ke 54 tahun, ramai rakan-rakan HAM dari luar daripada Kuala Terengganu balik ke kampong halaman di Kuala Terengganu untuk merayakan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan.  Diantaranya yang sempat bertenggo-tenggo adalah 9W2MBV En. Zam dan 9W2XCX Achik bersama dengan beberapa orang rakan dari Kuala Terengganu. Perjumpaan diadakan disebuah kedai makan di Water Front Kuala Terengganu diantara jam 1.00 pagi hingga 4.00 pagi.

Turut hadir 9W2KYA Pak Ya, 9W2TVI En. Khalid, 9W2WSZ Razi dan 9W2HJS Hussein.


77 atlet Terengganu menuntut di IPT


Image Detail

KUALA TERENGGANU 28 Ogos - Seramai 77 atlet anak Terengganu kini dianugerahkan biasiswa dan bantuan lain bagi menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

Ia demi masa depan mereka dan berdasarkan maklumat Majlis Sukan Negeri, seramai 54 orang sedang mengikuti pengajian di dalam negeri ini manakala 23 lagi di luar.

Menurut sumber kerajaan negeri, daripada jumlah itu 13 adalah penerima biasiswa Yayasan Terengganu, 15 biasiswa sukan Kementerian Belia dan Sukan manakala 49 orang menerima biasiswa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi nasional (PTPTN).

Rabu, Ogos 31, 2011

Keropok lekor Terengganu bakal tembusi pasaran China, Arab Saudi

Image Detail

KUALA TERENGGANU: Keropok Lekor Terengganu yang dihasilkan sebuah syarikat milik Bumiputera, Keropok House Dungun Gallery Interprise (KHDGI), bakal dieksport ke China dan Arab Saudi.


Pengurus KHDGI Zakiah Othman, 56, berkata pihaknya diminta oleh pengedar untuk menghantar dua kontena, iaitu kira-kira 20 tan metrik keropok lekor sebulan ke kedua-dua negara itu. "Sekarang ini, kalau mahu mengeksport keropok ke luar negara, perlu ada Sijil Halal.



Isnin, Ogos 29, 2011

Seminar Dan Pameran Perkembangan Arkeologi Terengganu Pada 25 Sept



Image Detail

KUALA TERENGGANU, 28 Ogos (Bernama) -- Penemuan Bewah Man, rangka manusia di Gunung Bewah, Tasik Kenyir yang dikatakan berusia 13,400 tahun, bakal menjadi tumpuan pada Seminar dan Pameran Perkembangan Arkeologi Terengganu mulai 25 Sept ini.

Penolong Kurator Sejarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) Azuan Harun selaku penyelaras pameran berkata antara lain, pameran itu bertujuan menyalurkan maklumat kronologi persejarahan dan budaya negeri melalui penemuan dan pembuktian bahan-bahan arkeologi.

Ahad, Ogos 28, 2011

Gerakan Penyebaran Fahaman Syiah Turut Dikesan Di Terengganu


Image Detail

BESUT, 28 Ogos (Bernama) -- Gerakan penyebaran fahaman Syiah turut dikesan di Terengganu dengan semua pengerusi masjid negeri itu dilaporkan menerima bahan bacaan berkaitan ajaran itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Khazan Che Mat berkata semua pengerusi masjid dan pihak berkenaan menerima kiriman berkenaan menerusi khidmat Pos Berdaftar beberapa hari lalu.

'CHECKNET' RAYA DAN MERDEKA - RADIO PEMANCAR KUALA TERENGGANU

Image Detail
KUALA TERENGGANU 28/8/2011 - 'Check-Net' Raya dan Merdeka di 9M4RBJ, 147.800, -0.6 dan tone 123 telah pun dijalankan dibawah 'controller' 9W2KYA En. Zakaria bermula jam 11.00 malam 27/8/2011 hingga 1.00 pagi 28/8/2011.