KOTA BAHARU, 1 April (Bernama) -- Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat kajian berhubung tarian senaman poco-poco bagi menentukan kesahihan dari segi hukumnya sebelum membuat sebarang keputusan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Katanya oleh kerana isu tarian itu merupakan isu nasional, ia perlu dibincangkan di peringkat pusat supaya ia dapat diselaraskan di semua negeri.
"Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membincangkan isu ini di peringkat muzakarah peringkat pusat bagi menentukan dari segi hukumnya," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.