Sabtu, Mei 14, 2011

Umat Islam perlu bersatu padu

Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Sri Laksamana Raja memberitahu realiti umat Islam kini amat menyedihkan berikutan asyik bersengketa, saling menjatuhkan antara satu sama lain, tiada ikatan ukhuwah yang kukuh, hilang rasa menghormati, budaya tuduh menuduh dan gemar mementingkan diri sendiri.

Katanya, Umat Islam dipandang hina kerana perpecahan dan keegoan ini yang menyaksikan satu persatu tamadun dan kerajaan di bawah pimpinan orang Islam hancur, contohnya apa yang berlaku di Mesir, Libya, Iraq dan banyak lagi Negara Islam berada di ambang kehancuran.

“Marilah kita bersatu padu, saling tegur menegur, sanggup berjuang menentang musuh Islam sama ada yang nyata atau tidak, demi menengakkan kalimah Allah di muka bumi ini, marilah kita berdoa supaya ianya tidak berlaku di bumi Malaysia.

Blogger.com Tergendala, Kembali Pulih


Hampir kesemua blog blog politik di negara ini yang mengunakan blogger.com tidak dapat mengemaskini seharian apabila server Blogspot.com diupgrade.

Blogger akan menyiarkan kembali beberapa artikel yang terpadam akibat gangguan teknikal dari server blogspot, kebarangkalian server telah di rollback beberapa jam kebelakang.  Akibat daripada itu beberapa artikel yang disiarkan telah terpadam.

Rabu, Mei 11, 2011

Parlimen Thai Bubar Selasa


BANGKOK, 9 Mei (Bernama) - Parlimen Thailand akan dibubarkan Selasa, memberi laluan untuk pilihan raya umum yang secara tentatif ditetapkan 3 Julai.

Pemangku jurucakap kerajaan Dr Panitan Wattanayagorn berkata Raja Bhumibol Adulyadej hari ini meluluskan dikri diraja bagi pembubaran Parlimen sebagaimana dipohon oleh oleh Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva pada Jumaat.

Tempoh Perkhidmatan Ketua Polis Negara Dilanjutkan Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah dilanjutkan selama dua tahun berkuatkuasa pada Selasa setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata lanjutan perkhidmatan tersebut juga dibuat setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tempoh pelanjutan kontrak perkhidmatan selama dua tahun ini diharap mampu memberi ruang dan peluang yang mencukupi kepada beliau untuk terus memberikan khidmat bakti yang terbaik dan berkualiti bukan sahaja untuk kepentingan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi juga masyarakat dan negara keseluruhannya," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini pada Selasa.

Selasa, Mei 10, 2011

Eyeball bersama rakan HAM dari Kulim, Kedah


TER: 10/05/2011 - Pertemuan dengan rakan HAM dari Kulim Kedah 9W2HTH Haji Abd. Rani bersama keluarga dan anaknya 9W2SBN Saiful Naim serta keluarga di Sports Cafe Kompleks Sukan TER berjalan dengan suasana yang cukup ceria dan kekeluargaan.  

HAMFEST MALAYSIA 14 - 15 MEI 2011/ MENARA KUALA LUMPUR



Hamfest atau Ham Festival adalah acara yang dianjurkan oleh peminat radio amatur untuk berkumpul dan beramah mesra di antara satu sama lain sambil berkongsi pengalaman dan pengetahuan melalui sesi kelas dan seminar yang dijalankan. Selain itu, pameran radio dan jualan flea market juga boleh didapati di Hamfest, Di Malaysia, Hamfest pertama kali diadakan pada 30 Julai 2010 di Menara Kuala Lumpur dimana acara itu telah menarik perhatian lebih 3,000 orang pengunjung.

Mesyuarat Khas - Perkemahan PONI Peringkat Kebangsaan 2011


Mesyuarat Khas Fasa 1 - Perkemahan PONI Peringkat Kebangsaan 2011 telah diadakan di Sports Cafe Kompleks Sukan TER, Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang dipengerusikan oleh YBhg Dato' Ramli Embong selaku Penasihat PEMANCAR Terengganu.

Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan secara ringkas tujuan serta penganjuran perkemahan yang akan berlangsung pada 05/06/2011 sehingga 10/05/2011 di TER.  Perkemahan ini telah dianjur oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, melibatkan lebih kurang 200 orang pelajar dari seluruh Semenanjung akan mengambil bahagian. Beberapa buah sekolah berdekatan akan digunakan sebagai tempat penginapan peserta disepanjang perkhemahan tersebut.

Isnin, Mei 09, 2011

Cadangan Pemberian Elaun Dan Insurans Kepada Anggota Bomba Sukarela


BUKIT MERTAJAM, 9 Mei (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merancang untuk memberi elaun bertugas dan perlindungan insurans kepada anggota bomba sukarela mulai tahun depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata cadangan pemberian elaun itu akan dikemukakan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat setelah kajian mengenainya kini diperingkat akhir.

"Kertas kerja berhubung cadangan itu telah siap dan akan dihantar dalam tempoh terdekat dan saya percaya ini akan meningkatkan lagi prestasi anggota bomba sukarela," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan dan peralatan kebombaan kepada Pasukan Bomba Sukarela Pulau Pinang.

“ADUI.. SAKITNYA BANG… !”


SEPASANG pengantin baru sedang bermesra di kamar pengantin pada malam pertama. Tiba-tiba isterinya mengerang, “Adui.. Sakitnya bang… ! Macam mana kisah malam pertama kita ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang. Nanti emak ayah dengar. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.” (Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin) Isterinya menangis teresak-esak dan terus mengerang, “Adui… Sakitnya Bang”