Buang anak. Bunuh anak. ‘Makan’ anak. Bersuamikan anak. Itulah tanda dunia akhir zaman, kiamat semakin dekat.
Realitinya kita masih rakus meratah hasutan iblis, umpan syaitan dan secebis bangkai hati sendiri sehinggakan kita tidak kenal saudara kita, tidak tahu dosa pahala, tidak mahu belajar muhasabah. Hakikatnya, bangsa kita Melayu roboh, layu dan lemah.
Bangsa Melayu akan begini sampai kiamat selagi apa yang terjadi terus diamalkan dan tanpa disedari kita telah berada di alam lain selepas alam dunia ini, nauzubillah. Selagi kita tidak tahu pengertian kita yang sebenarnya, selagi itulah bergelumang dengan kemelut pada hujung masa.