Memaparkan catatan dengan label Komputer Riba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komputer Riba. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 04, 2011

3,600 guru bakal terima komputer riba


TERENGGANU - Seramai 3,600 guru Tahun Enam sekolah rendah di negeri ini bakal menerima komputer riba secara berperingkat-peringkat, dalam tempoh terdekat ini.

Pengagihan itu adalah kesinambungan pemberian kemudahan itu di mana pada 14 Februari lalu 800 guru Angkatan Kerja Rajin dan Mulia (Akram), menerima kemudahan tersebut.

Pada tahun ini, seramai 4,400 guru di seluruh negeri akan menerima komputer riba selaras dengan hasrat kerajaan memperluaskan penggunaan peralatan teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah rendah seluruh negeri.

Ahad, Februari 13, 2011

Lebih 500,000 Komputer Riba Diedarkan Ke Seluruh Negara Tahun Ini

KUALA KLAWANG, 11 Feb (Bernama) -- Lebih 500,000 komputer riba 1Malaysia akan diedarkan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata komputer berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada fasa kedua pembekalan komputer riba 1Malaysia, akan diedarkan dalam tempoh tiga minggu dari sekarang.

"Untuk fasa pertama diperuntukkan sebanyak 123,000 komputer riba manakala fasa kedua sebanyak 200,000. Sehingga kini 200,000 komputer riba telah selesai diedarkan di seluruh kawasan Parlimen dan sekolah di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung berkelompok Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah di Parlimen Jelebu 2011 di sini.