SHAH ALAM, 17 Jun (Bernama) -- Seorang saksi Jumaat berpendapat pasukan forensik tidak mendapatkan hasil keputusan tepat dalam siasatan kes kematian Aminulrasyid Amzah kerana tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan.
Bekas Ketua Unit Forensik (CSI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Amidon Anan berkata siasatan keseluruhan pasukan itu gagal mengguna pakai beberapa amalan seperti pemprosesan kesan belerang dari tembakan (GSR) yang dilepaskan pada hari kejadian.