Memaparkan catatan dengan label Sijil Halal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sijil Halal. Papar semua catatan

Isnin, Februari 21, 2011

Umat Islam perlu hati-hati pilih kedai makan

Kuala Terengganu - Orang ramai khususnya umat Islam di negeri ini diminta berhati-hati memilih kedai makan terutama kedai kopitiam kerana ia tidak mempunyai status  sijil halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Teregganu (JHEAT).

“Setakat ini tidak ada satu pun kedai kopitiam yang beroperasi di negeri ini diberi status halal,” kata Pesuruhjaya JHEAT, Dato’ Shaikh Harun Ismail.

Katanya, ini berdasarkan rekod simpanan Bahagian Penyelidikan (Unit Pengurusan Halal) , namun begitu kita tidak pasti  sama ada kedai ini mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).