Sabtu, Februari 02, 2013

WSJ digodam lagi, China nafi


NEW YORK - Penggodam daripada China telah menyusup sistem komputer Wall Street Journal (WSJ), serangan kedua dilaporkan pada outlet berita utama Amerika Syarikat (AS) itu.

Journal berkata, penggodam cuba untuk memantau liputan di China.

The New York Times melaporkan bahawa penggodam China  "berterusan" menembusi sistem sejak empat bulan lepas.

Beijing telah dituduh oleh beberapa kerajaan dan syarikat dalam menjalankan pengintipan siber selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun Kementerian Luar China menolak tuduhan New York Times sebagai "tidak berasas" dan "benar-benar tidak bertanggungjawab".

Selasa, Januari 29, 2013

Mahasiswi Terengganu KANTOI mukadimah Zina..


Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.

Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.

Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Isnin, Januari 28, 2013

1.3 juta pelajar terima BB1M


KUALA LUMPUR 26 Jan.- Sebanyak 1.3 juta pelajar bakal menikmati Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 apabila baucar itu mula diagihkan kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta politeknik hari ini.

Penyerahan baucar keseluruhan yang bernilai RM325 juta itu sekali gus membuktikan kerajaan menepati janji sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penambahbaikan skim BB1M kepada RM250 berbanding RM200 sebelum ini menunjukkan keprihatinan kerajaan ekoran harga buku yang meningkat.

Ahad, Januari 27, 2013

Permainan Tradisional diperkasakan


Permainan tradisional merupakan tradisi masyarakat Melayu yang harus diteruskan supaya ianya tidak berkubur ditelan kemajuan, kata Menteri Besar Dato' Seri Haji Ahmad Said. 

Sehubungan itu, katanya, program festival permainan tradisional peringkat Negeri Terengganu anjuran Muzium Negeri Terengganu.bagi menghidupkan permainan itu perlu diberi pujian.