Jumaat, September 09, 2011

MB Terengganu Beri Amaran Pelajar Tajaan Jangan Libat Politik

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada Khamis memberi amaran kepada pelajar tajaan kerajaan negeri yang menuntut di luar negara supaya memberi perhatian kepada pelajaran mereka dan tidak terbabit dalam politik.
"Saya bagi amaran awal-awal, kita tidak akan bertolak ansur dalam hal ini kerana kita beri mereka biasiswa untuk belajar dan bukan terbabit dalam politik," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pelajar luar negara dan penyampaian wang pendahuluan dari Yayasan Terengganu (YT) di sini.

Khamis, September 08, 2011

Program Konvoi PPT/PEMANCAR Dari Kuala Terengganu Ke Kuantan


Kelab Permotoran Negeri Terengganu yang diterajui oleh Y.A.M Tengku Seri Temenggung Raja dengan kerjasama Kelab Radio & Rekreasi (PEMANCAR) Negeri Terengganu akan mengadakan konvoi bermotosikal daripada Kuala Terengganu ke Kuantan. Sejumlah 100 buah motosikal berkuasa tinggi akan menyertai program tersebut yang akan diadakan pada 10/09/2001 jam 9.00 pagi.

Rabu, September 07, 2011

LELAKI TERPENDEK DIDUNIA...!!!!!


KAMA Mirezzanial dengan ketinggian 56sm bersama adiknya Kamarya Myzara.

Zanial hidap Sindrom Sackle budak terpendek di dunia

KUALA TERENGGANU
: Berikutan tumbesarannya terhenti sejak berusia lima tahun, Kama Mirezzanial Kama Rezmee, 7, dengan ketinggian 56 sentimeter mungkin lelaki terpendek di dunia, mengatasi rekod dipegang Junrey Balawing, 18, dari Filipina dan Khagendra Thapa Magar, 19, dari Nepal yang masing-masing setinggi 60 dan 67 sentimeter. Kama Mirezzanial yang dilahirkan pada 2 Mac 2004, adalah cahaya mata kepada pasangan Kama Rezmee Kamaruddin, 36, dan Masitah Md Yusof, 34, anak Terengganu yang kini mengusahakan perniagaan penyediaan makanan di Seri Kembangan, Selangor. Penulis yang berkunjung ke rumah nenek Kama Mirezzanial, Rajemah Sheikh Ahmad, 67, di Taman Permint Jaya, Chendering di sini, terpegun melihat keletah dan keadaan fizikal si kenit itu yang lebih mesra dengan panggilan Zanial.

Ahad, September 04, 2011

Qariah cilik terpilih menjadi ikon Besut


BESUT – Qariah muda negara, Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, yang meraih tempat ketiga pada Pertandingan Akhir Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar baru-baru ini dipilih sebagai Ikon Besut Bumi Ulul Albab.
Pemilihan murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Jertih dekat sini berdasarkan kejayaan Nurussyahamah mengharumkan nama Malaysia dan Besut pada pertandingan peringkat dunia itu.