Sabtu, Mac 26, 2011

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEMANCAR KALI KE 5 - 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Pemancar Kali Ke 5 - Tahun 2011 di Pengerusikan oleh 9W2BNO Cikgu Norjamalullail.  Diantara agenda mesyuarat adalah sepertimana berikut:

1.     Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Agung
2.     Perlantikan Pencatat Minit Mesyuarat Agung
3.     Ucapan Presiden Sesi 2010/2012
4.     Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 4
5.     Perkara-Perkara Berbangkit
6.     Laporan Kewangan Sesi 2010
7.     Laporan Aktiviti Sesi 2010
8.     Pembentangan Usul.

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEMANCAR KALI KE 5 - 2011


Mesyuarat Agung Pemancar Kali Ke 5 Tahun 2011 berlangsung pada hari ini 26 Mac 2011 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Ceria, Komplek Sukan TER (Terengganu Equestrian Resort) Kuala Ibai, Kuala Terengganu.  Lebih kurang 60 ahli-ahli Pemancar hadir di mesyuarat tersebut.  Turut hadir di majlis yang diadakan adalah YBhg En. Hambali Abdul Latiff, Penyelidik Kanan Kepada Menteri Besar Terengganu, YBhg Dato' Hamzah bin Muhamad, Pengerusi Yayasan Kebajikan Perkasa Alam Terengganu, YBhg Dato' Ramli bin Embong (Penasihat Pemancar), Tuan Haji Amrun Mamat (Pengurus) TER.  Mesyuarat Agung telah dirasmikan oleh YBhg. En. Hambali Abdul Latiff.

100,000 murid di Terengganu guna e-Book akhir tahun ini

Dulunya sejak zaman berzaman, Terengganu lebih dikenali dengan keropok lekor dan songket tenun yang sangat halus buatannya.

Para pelancong datang dari jauh semata-mata mahu menikmati keenakan keropok lekor dan memberi sehelai dua songket sebagai ‘ole-ole’ untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing.

Namun begitu, kejayaan demi kejayaan yang diraih di bidang pelajaran sejak kebelakangan ini, mula mengalih pandangan masyarakat luar terhadap negeri ini.

Jumaat, Mac 25, 2011

Saingan sengit, Terengganu kekalkan prestasi cemerlang SPM

Persaingan untuk muncul sebagai negeri terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 seluruh negara amat sengit, bagaimanapun Terengganu masih mengekalkan prestasi cemerlangnya dan berjaya menghasilkan peningkatan ketara dalam keputusan itu, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas pengumuman keputusan SPM 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring, Kuala Terengganu, semalam (23 Mac).

Menteri Besar sebelum itu menyampaikan komputer riba berjenama `TC' (Terengganu Computer) kepada setiap 17 pelajar cemerlang berkenaan sebagai hadiah berikutan kecemerlangan mereka dalam peperiksaan awam itu.

“Sekurang-kurangnya kita berasa bertuah dan berbangga dengan pencapaian kali ini dan melihat dari segi pencapaian sekolah, dari segi pelajarnya kalau dulu (2009) kita mendapat lima pelajar mendapat keseluruhan A dan sekarang meningkat kepada 17 pelajar.

Khamis, Mac 24, 2011

Terengganu kekal cemerlang SPM


Terengganu terus melakar kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan serentak hari ini, apabila gred purata negeri mencapai 5.03 bagi 2010 berbanding 5.17 tahun sebelumnya.

Pengecilan nilai gred purata negeri menunjukkan prestasi keseluruhan meningkat. Malah, peratusan calon yang memperolehi A ( kombinasi A+, A dan A-) dalam semua subjek yang diambil meningkat 0.5 peratus daripada 1.31 peratus (283 calon) pada 2009 kepada 1.88 peratus (405 calon).

Rabu, Mac 23, 2011

Peraturan sepanjang tempoh 40 hari berkabung

Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan serta badan-badan berkanun di seluruh Terengganu dikehendaki mematuhi peraturan pemakaian sepanjang tempoh berkabung 40 hari mulai 21 Mac hingga 29 April ini berikutan kemangkatan almarhum bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisahmuddin Alam Shah.

Pegawai dan kakitangan lelaki Melayu perlu memakai songkok berlilit kain putih berukuran satu inci, manakala pegawai dan kakitangan wanita Melayu pula harus berselendang atau berkain tudung warna putih.

Sementara pegawai dan kakitangan yang berbangsa lain perlu mengenakan tali leher hitam atau lilitan hitam (armband) di sebelah kanan bagi lelaki dan lilitan lengan hitam (armband) bagi wanita. Sementara polis dan tentera berpakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan masing-masing.

Selasa, Mac 22, 2011

Jenazah Bonda Yang di-Pertuan Agong selamat disemadi


Jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong, Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah al-Marhum Sultan Hisahmuddin Alam Shah al-Haj, selamat disemadikan di Makam Diraja Masjid al-Muktafibillah Shah, Ladang, petang ini, dengan penuh penghormatan diraja.

Turut berangkat memberi penghormatan terakhir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta kerabat-kerabat diraja.

Isnin, Mac 21, 2011

TID Aquatic cungkil bakat sukan renang

Bagi memastikan tidak ketandusan bakat dalam sukan renang, program TID Aquatic (Pengenalpastian Bakat Akuatik) dilancarkan di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Batu Buruk, Kuala Terengganu, pada 2 April ini.

Program anjuran Kerajaan Terengganu menerusi Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Persatuan Renang Negeri Terengganu dilaksanakan bagi mencari bakat baru dan pelapis dalam sukan akuatik yang dapat mewakili negeri pada masa depan.

Rakyat gembira sistem pengangkutan dinaiktaraf


Pengumuman kerajaan berhubung projek menaiktaraf sistem pengangkutan, pembinaan Terminal Bersepadu di Bandaraya Kuala Terengganu dan jalan sokongan keluar dari pusat bandaraya, amat melegakan rakyat negeri ini.

Sememangnya kerajaan negeri prihatin dengan masalah kesesakan jalan raya sekitar Bandaraya Kuala Terengganu, terutama pada waktu puncak.

Ahad, Mac 20, 2011

Jaga kebersihan sungai guna perangkap sampah

Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) terus berusaha menjaga kebersihan sungai di Terengganu dengan memasang 30 perangkap sampah membabitkan kos RM1 juta pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri, YB Toh Chin Yaw, berkata, semua perangkap itu dipasang di laluan utama air sepanjang Sungai Terengganu bagi memerangkap pelbagai jenis sampah yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, langkah itu juga mampu mencantikkan lagi keindahan sungai selain mengelak kejadian banjir terutama membabitkan kawasan rendah.

Wanita Pertama lancarkan simposium tekstil Asean ke-3

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, 
bakal melancarkan Simposium Tekstil Tradisional Asean Ke-3 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terenggganu pada 21 Mac ini.
Malam gala pada 22 Mac pula dijadualkan akan disempurnakan oleh Tengku Puan Pahang, 
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bakal melancarkan Simposium Tekstil Tradisional Asean Ke-3 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terenggganu pada 21 Mac ini.

Malam gala pada 22 Mac pula dijadualkan akan disempurnakan oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.