Rabu, November 09, 2011

Kursus kahwin percuma


Keghairahan pihak tertentu menganjurkan program mempromosi seks bebas, Seksualiti Merdeka 2011 mendorong Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir mengambil inisiatif mengadakan kursus pra perkahwinan secara percuma kepada remaja.

Program yang disertai seramai 140 pemuda dan wanita berusia antara 19 hingga 47 tahun sekitar DUN berkenaan itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Selasa, November 08, 2011

Kursus Komunikasi Bencana Negeri Terengganu 2011


Kuala Terengganu - Kursus Komunikasi Bencana Negeri Terengganu anjuran Kelab Radio Amatur Dan Rekreasi (PEMANCAR) Terengganu akan diadakan pada 12/11/2011 bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, di Dewan Seminar, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, Kuala Terengganu.
Unit ini diujudkan dibawah naungan Kelab PEMANCAR Negeri Terengganu dan dinamakan 'SQUAD 99' yang ditubuhkan  bertujuan untuk membantu kerajaan dalam usaha menangani bencana yang berlaku didalam negeri, selain daripada membantu agensi-agensi kerajaan yang lain.

Isnin, November 07, 2011

Pegawai KKM Berdepan Tindakan Tata Tertib Ekoran Laporan Audit ????

Queen-Elizabeth-Hospital
Kenapa hanya tindakan tatatertib tidak tindakan Mahkamah ???

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)mungkin mengenakan tindakan tata tertib terhadap beberapa pegawai yang mendorong pembayaran awal dibuat bagi bekalan peralatan kesihatan yang belum diterima bernilai RM708,220.
Ketua Setiausahanya, Datuk Kamarul Zaman Md Isa berkata tindakan itu disyorkan sebuah jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan pada 19 Mei 2011.

Ahad, November 06, 2011

Pesakit Mental Gairah Cuba Meraba Payudara Ditahan

Image Detail

KEPONG - Cubaan seorang lelaki mahu meraba payudara seorang wanita di dalam lif membawa padah apabila dia ditahan selepas tindakannya itu mengundang kemarahan penduduk setempat.

Dalam kejadian di Apartmen Desa 1, di sini suspek dikatakan mengambil kesempatan mahu memegang payu dara mangsa yang kebetulan menaiki lif yang sama dengannya.