Sabtu, Mei 07, 2011

Tender pembangunan Pulau Bebas Cukai keluar minggu depan


Kerajaan negeri akan mengeluarkan tender dan sebut harga bagi lima pakej pembangunan Pulau Bebas Cukai, di Tasik Kenyir Hulu Terengganu, bermula minggu depan.

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata bagi merealisasikan sebuah kawasan bebas cukai yang serba lengkap, pihak berkaitan sedang giat melaksanakan pembangunan prasarana termasuk Kompleks Bebas Cukai dan Kompleks Kastam yang dirancang dibina di Pulau Bayas, selain mewujudkan rangkaian gedung yang akan menjual barangan berkualiti berkonsepkan Factory Outlet.

Jumaat, Mei 06, 2011

Soalan di Alam Kubur?

Terengganu Perkenal Pakej Penerbangan Ke Bandung


Syarikat yang mengendalikan penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Bandong, yang akan memulakan perkhidmatan bulan Jun depan, mengenakan kos RM1,688 bagi setiap penumpang.

Kos tersebut bukan saja meliputi tempat penginapan, tetapi setiap penumpang juga akan diberi baucer untuk membeli-belah di sebuah gedung perniagaan di Kota Bandong.

Festival Kenyir Tiga Hari Bermula Hari ini

Tasik Kenyir bakal menjadi tumpuan umum dalam suasana penuh kemeriahan sepanjang tiga hari bermula hari ini Jumaat 06/05/2011 dengan berlangsungnya Festival Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dijangka merasmikan festival itu kira-kira jam 10 pagi.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Hamzah Ngah berkata, pelbagai acara yang sebahagiannya belum disaksikan seperti belon udara panas dijangka menarik kira-kira 20,000 pengunjung.

Program anjuran agensi itu dengan kerjasama kerajaan negeri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-38 Ketengah.

Khamis, Mei 05, 2011

Eyeball bersama rakan-rakan HAM dari JB, Kuantan dan Shah Alam


TER - 05/05/2011 : Eyeball singkat bersama rakan-rakan HAM dari Johor Bahru, Kuantan dan Shah Alam, berlangsung di Pejabat PEMANCAR bermula jam 7.30 malam dan seterusnya makan malam di restaurant Masjid Terapong, Kuala Ibai, dalam suasana yang cukup ceria.  Mereka-mereka adalah 9W2HRJ Ismadi @ Usop, 9W2TPR Khairul Anuar, 9W2CFN Mohd Ali dan 9W2BUY Arbain.  Keempat-empat rakan tersebut didalam perjalanan ke Tok Bali, Kelantan untuk melaksanakan tugas yang telah dijadualkan.

PUKAT PANTAI DI PERSISIR PANTAI RHU RENGGEH, RUSILA, MARANG


RUSILA - 04/05/2011 : Blogger bersama beberapa orang rakan Radio Amatur (PEMANCAR), Jabatan Penjara Marang dan seorang padu-arah pukat pantai, telah mengadakan aktiviti memukat ikan di kawasan persisir pantai Rhu Renggeh, Rusila, Marang bermula dari jam 8.00 malam hinggalah jam 12.00 t/malam dengan menggunakan pukat jaring sepanjang 150 meter.

Isnin, Mei 02, 2011

PUKAT PANTAI DI PERSISIR PANTAI PAKA, DUNGUN


PAKA - 01/05/2011 : Blogger bersama beberapa orang rakan Radio Amatur (PEMANCAR), Jabatan Penjara Marang dan penduduk Paka, Dungun, Terengganu telah mengadakan aktiviti memukat ikan di kawasan persisir pantai bermula dari jam 7.30 malam hinggalah jam 12.00 t/malam dengan menggunakan pukat jaring sepanjang 100 meter.

Ahad, Mei 01, 2011

PM puas hati sambutan rakyat Terengganu


Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak melahirkan rasa puas hati terhadap sambutan yang diberikan rakyat Terengganu, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan DUN Manir yang memberi sambutan luar biasa sempena Program Turun Padang beliau ke negeri Terengganu, hari ini.

“Ini menunjukkan rakyat senang hati dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan,” katanya pada sidang media sempena lawatan beliau ke beberapa lokasi terpilih di dua DUN berkenaan. Sidang media tersebut diadakan di Pulau Duyong, selepas beliau merasmikan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong, petang ini.