Khamis, Mei 05, 2011

PUKAT PANTAI DI PERSISIR PANTAI RHU RENGGEH, RUSILA, MARANG


RUSILA - 04/05/2011 : Blogger bersama beberapa orang rakan Radio Amatur (PEMANCAR), Jabatan Penjara Marang dan seorang padu-arah pukat pantai, telah mengadakan aktiviti memukat ikan di kawasan persisir pantai Rhu Renggeh, Rusila, Marang bermula dari jam 8.00 malam hinggalah jam 12.00 t/malam dengan menggunakan pukat jaring sepanjang 150 meter.



Hasil daripada aktiviti tersebut adalah diluar jangkaan dan lumayan.  Berbagai-bagai jenis ikan berjaya dinaikan yang dianggarkan keseluruhan seberat 40 kg.  Aktiviti sedemikian akan diteruskan dimasa-masa akan datang dan dijangkan akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan PEMANCAR dan penduduk setempat untuk menyertainya.

Diantara rakaman menarik yang berjaya dirakamkan disepanjang aktiviti Pukat Pantai berlangsung.


































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan