PAKA - 01/05/2011 : Blogger bersama beberapa orang rakan Radio Amatur (PEMANCAR), Jabatan Penjara Marang dan penduduk Paka, Dungun, Terengganu telah mengadakan aktiviti memukat ikan di kawasan persisir pantai bermula dari jam 7.30 malam hinggalah jam 12.00 t/malam dengan menggunakan pukat jaring sepanjang 100 meter.
Hasil daripada aktiviti tersebut adalah diluar jangkaan dan lumayan. Berbagai-bagai jenis ikan berjaya dinaikan yang dianggarkan keseluruhan seberat 60 Kg. Aktiviti sedemikian akan diteruskan dimasa akan datang dan dijangkan akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan PEMANCAR dan penduduk setempat untuk menyertainya.
Diantara rakaman menarik yang berjaya dirakamkan disepanjang aktiviti Pukat Pantai berlangsung -
Salam.. nak tnya...
BalasPadambrp inci saiz mata pukat tu eh
abahzaeem