Memaparkan catatan dengan label Kanak-Kanak Hilang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kanak-Kanak Hilang. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 12, 2011

Awas! Nur Alert Bantu Kesan Kanak-kanak Hilang

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kes kehilangan kanak-kanak berusia dua tahun, Nisha Chandramohan pada Jun 2010 mencetuskan satu kajian perintis diadakan selama dua minggu untuk memastikan kaedah terbaik menyebarluaskan maklumat mengenai kehilangan kanak-kanak itu.

Dan pada 21 Sept 2010, satu lagi kes kehilangan berlaku, Lee Xin Ru juga berusia 2 tahun. Kali ini hebahan kehilangannya menggunakan sistem NUR Alert atau Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-Kanak, yang diwujudkan hasil daripada kajian perintis itu.

Tindak balas segera daripada anggota NUR Alert untuk menghebahkan kehilangan Lee, menyebabkan pada 12 Jan 2001, Jemaah Menteri membincangkan keberkesanan sistem ini.

Ia memutuskan atas dasar seriusnya masalah kehilangan kanak-kanak sebegini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilantik menerajui NUR Alert.