Sabtu, November 23, 2013

SPM: Kertas Matematik, Matematik Tambahan bocor?

SPM

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.

Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerahkan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu kepada pemberita pada sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.

Mohd Husaini, 30, berkata beliau mengetahui perihal kertas soalan yang didakwa bocor itu daripada beberapa pelajar sebuah sekolah di Seksyen 5, Wangsa Maju pada 19 November lepas.

"Kata mereka, kertas itu diedar ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua'adz Bin Jabal, Setiawangsa pada 17 November lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

Jumaat, November 22, 2013

Banjir: 100 keluarga di Rantau Panjang diarah bersiap untuk pindah



KOTA BHARU: Kira-kira 350 orang daripada 100 keluarga penduduk Kampung Tasek Bakong di Rantau Panjang, Pasir Mas, diarah bersiap sedia untuk berpindah berikutan air Sungai Golok yang semakin melimpah dari tebing, hari ini. 


Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pegawai Bomba Kanan I Zaimi Samat, berkata paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat kepada 7.9 meter iaitu di paras amaran berikutan hujan lebat sejak semalam. 


"Penduduk diminta bersiap sedia untuk dipindahkan sekiranya air naik menjelang malam ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 



Zaimi berkata tujuh bot, sebuah lori dan tiga kenderaan lain akan digunakan untuk proses menyelamat. 

Beliau turut menasihati penduduk supaya tidak menyeberangi Sungai Golok menggunakan sampan untuk ke negara jiran berikutan peningkatan paras air dan arus deras. - BERNAM

Khamis, November 21, 2013

ORANG HILANG

Gambar: Mengesan Orang Hilang 

Untuk membantu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur untuk mengesan ORANG HILANG (Gambar) bersangkut Balai Sg Besi Rpt: 12357/2013 bertarikh 06 Nov 2013. Butir-butir hilang adalah seperti berikut :-

 1.1 Nama   : AKULASWAPNA
1.2 No Paspot  : G9723096 
1.3 Alamat terakhir : A-13-18 Arena Green Apartment,
Bukit Jalil, 
57000 Kuala Lumpur.
 1.4 Jantina     : Perempuan
 1.5 Warganegara  : India  
 1.6 Gambar  : Seperti dilampirkan

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali penama tersebut bolehlah menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sjn. Abdul Mubdi Bin Abdul Majid ditalian di talian 019-6605007 atau Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-21159999 / SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.


Bantuan orang ramai untuk mengesan ORANG HILANG bersangkut Balai Sg Besi Rpt: 12357/2013 bertarikh 06 Nov 2013. Butir-butir hilang adalah seperti berikut :-

1.1 Nama : AKULASWAPNA
1.2 No Paspot : G9723096
1.3 Alamat terakhir : A-13-18 Arena Green Apartment, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
1.4 Jantina : Perempuan
1.5 Warganegara : India
1.6 Gambar : Seperti dilampirkan

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali penama tersebut bolehlah menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sjn. Abdul Mubdi Bin Abdul Majid ditalian di talian 019-6605007 atau Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-21159999 / SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Isnin, November 18, 2013

PENGIDAP PENYAKIT KULIT LUAR BIASA MINTA DIBANTU

Kulit menipis setiap hari

MARANG - Seorang pemuda, Fakrulrazi Mohd Nor, 27, di Kampung Seberang Marang, dekat sini, berkemungkinan menderita sepanjang hayat apabila penyakit kulit yang dihidapinya sejak 26 tahun lalu tidak menunjukkan sebarang tanda mahu pulih.

Ibunya, Fatimah Jusoh, 70, berkata, Fakrulrazi mengalami masalah kulit menggelupas selepas setahun dilahirkan, bermula apabila bahagian tangannya mengalami kecederaan sebelum menggelupas, seterusnya melarat ke seluruh badan hingga kini.

Menurutnya, apabila penyakit kulit dialami anak bongsunya itu menjadi semakin teruk, badannya akan ditumbuhi kudis, bernanah dan apabila digaru kulitnya akan luka, berdarah serta menyebabkan kesan yang teruk pada badannya.

“Penyakitnya bertambah melarat jika dia makan makanan yang gatal seperti makanan laut, telur atau apabila menerima alahan daripada sesuatu keadaan pencemaran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Marang di sini.

Fatimah berkata, akibat penyakit itu, Fakrulrazi banyak menghabiskan masa dengan berada di rumah, malah pembesarannya turut terganggu apabila keadaan fizikalnya tidak berubah dan kelihatan seperti kanak-kanak walaupun berusia 27 tahun.

KLIK DISINI untuk berita selanjutnya