Isnin, November 18, 2013

PENGIDAP PENYAKIT KULIT LUAR BIASA MINTA DIBANTU

Kulit menipis setiap hari

MARANG - Seorang pemuda, Fakrulrazi Mohd Nor, 27, di Kampung Seberang Marang, dekat sini, berkemungkinan menderita sepanjang hayat apabila penyakit kulit yang dihidapinya sejak 26 tahun lalu tidak menunjukkan sebarang tanda mahu pulih.

Ibunya, Fatimah Jusoh, 70, berkata, Fakrulrazi mengalami masalah kulit menggelupas selepas setahun dilahirkan, bermula apabila bahagian tangannya mengalami kecederaan sebelum menggelupas, seterusnya melarat ke seluruh badan hingga kini.

Menurutnya, apabila penyakit kulit dialami anak bongsunya itu menjadi semakin teruk, badannya akan ditumbuhi kudis, bernanah dan apabila digaru kulitnya akan luka, berdarah serta menyebabkan kesan yang teruk pada badannya.

“Penyakitnya bertambah melarat jika dia makan makanan yang gatal seperti makanan laut, telur atau apabila menerima alahan daripada sesuatu keadaan pencemaran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Marang di sini.

Fatimah berkata, akibat penyakit itu, Fakrulrazi banyak menghabiskan masa dengan berada di rumah, malah pembesarannya turut terganggu apabila keadaan fizikalnya tidak berubah dan kelihatan seperti kanak-kanak walaupun berusia 27 tahun.

KLIK DISINI untuk berita selanjutnya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan