Sabtu, Jun 04, 2011

PERSIAPAN TERAKHIR PERKHEMAHAN PONI KEBANGSAAN 2011 - PEMANCAR

YBhg Dato' Ramli serta rakan-rakan PEMANCAR bekerja keras
untuk menyiapkan persiapan terakhir sebelum perkhemahan bermula

TER - Persiapan terakhir bagi PEMANCAR untuk menyediakan peralatan komunikasi bagi menjayakan Perkhemahan PONI Peringkat Kebangsaan 2011 yang akan bermula pada 05 - 10/06/2011.  Kerja-kerja memasang peralatan giat dijalankan di khemah khas yang telah disediakan bagi memantau situasi perkhemahan berjalan lancar.

Khamis, Jun 02, 2011

Perlawanan akhir Piala FA 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil

SEMBANG - SEMBANG BOLA (LIGA TEMPATAN)



ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T DAN SALAM UKHWAH

PENENTUAN siapa yang akan dinobatkan juara 'Piala FA 2011' akan terjawab di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini.

Pada tahun menampakkan peningkatan dan penguasaan pasukan-pasukan dari pantai timur. Di persada liga super di terajui oleh pasukan Kelantan teratas, diikuti oleh Terengganu di tempat kedua dan di tempat ketiga 'The Red Giant' Selangor.

Rabu, Jun 01, 2011

SKIM LATIHAN UNTUK SISWAZAH MENGGANGUR DIPERKENALKAN KEMBALI...


Bukan perkara baru. Pendekatan ini pernah diperkenalkan kerajaan pada tahun 1980an.  Setidak-tidaknya skim Latihan 1Malaysia Untuk Siswazah Menganggur yang dilancar hari ini, akan membawa harapan baru untuk kumpulan ini.

Selasa, Mei 31, 2011

Tuanku Mizan perkenan mencemar duli

View Image

KUALA TERENGGANU - Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal berkenan untuk merasmikan Perkhemahan Poni Kebangsaan 2011 yang julung kali diadakan di Terengganu pada 6 Jun ini. 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata, majlis tersebut akan diadakan di Bangunan Kelab, Terengganu Equestrian Resort (TER), bermula pada jam tiga petang. 

Menurutnya, perkhemahan itu anjuran bersama Kerajaan Negeri dengan Majlis Ekuin Malaysia (MEM) dan Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan akan mengumpulkan semua Kelab Poni di seluruh Malaysia yang bernaung dibawah MEM. 

Isnin, Mei 30, 2011

MESYUARAT KHAS PERKHEMAHAN PONI KEBANGSAAN 2011


TER 30/05/11 - Mesyuarat khas Perkhemahan Poni Peringkat Kebangsaan 2011 yang melibatkan PEMANCAR Terengganu telahpun diadakan di Bilik Mesyuarat TER, Kuala Ibai, Terengganu, yang dipengerusikan oleh Dato' Hamzah.  Turut hadir Dato' Ramli Embong selaku Penasihat PEMANCAR, Naib Presiden PEMANCAR 9M2MSL Mohd. Sukri serta beberapa orang pegawai TER dan rakan-rakan PEMANCAR.

PDRM Perkemas Inisiatif Kurangkan Jenayah Untuk Jayakan CAT

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperkemas semua inisiatifnya dalam mengurangkan kadar jenayah bagi menjayakan program "Crime Awareness Team (CAT)", yang menyasar penglibatan golongan belia dalam aktiviti pencegahan jenayah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata inisiatif seperti mendekatkan polis dengan masyarakat melalui polisi berorientasikan komuniti, pegawai perhubungan sekolah dan Rakan Cop, mampu memberi impak kepada golongan itu agar mereka lebih peka terhadap keperluan untuk bersama menjaga keselamatan serta ketenteraman negara.

Ahad, Mei 29, 2011

PM mahu sambutan lebih besar dengan sasaran dua juta belia tahun depan

PUTRAJAYA 28 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak yang amat berpuas hati dengan penyertaan pada Himpunan Sejuta Belia kali ini mahu sambutan lebih besar pada tahun depan dengan sasaran penglibatan dua juta belia.

Perdana Menteri berkata, perhimpunan yang lebih hebat akan dianjurkan untuk mencapai sasaran tersebut.

''Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan) ada tanya saya apakah sasaran pengunjung tahun depan yang menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) beliau, jadi, kita letak satu sasaran yang lebih munasabah iaitu dua juta belia.