Majlis Penyampaian Hadiah:
Memaparkan catatan dengan label Perkhemahan PONI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkhemahan PONI. Papar semua catatan
Jumaat, Jun 10, 2011
Selasa, Jun 07, 2011
MAJLIS PERASMIAN PERKHEMAHAN PONI PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 - BHG III

Perkhemahan Poni Kebangsaan anjuran kerajaan Terengganu dengan kerjasama MEM itu melibatkan 320 peserta dari 15 buah kelab poni di seluruh negara.
Perkhemahan itu yang mengumpulkan semua kelab poni di bawah naungan MEM antara lain bertujuan mendedahkan anggota kelab mengenai cara penjagaan kuda serta memelihara perhubungan antara pemilik dan haiwan tersebut.
MAJLIS PERASMIAN PERKHEMAHAN PONI PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 - BHG II

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam berkenan merasmikan Perkhemahan Poni Kebangsaan 2011 di Terengganu Ekuesterian Resort (TER) di Kuala Terengganu. Pada majlis tersebut baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut menyerahkan plak dan bendera kepada empat kelab poni atau kuda padi yang baru ditubuhkan.
Seri Paduka Baginda berdua juga menyaksikan beberapa persembahan acara poni dan pameran pada perkhemahan selama enam hari sehingga Khamis ini.
MAJLIS PERASMIAN PERKHEMAHAN PONI PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 - BHG I
TER 06/06/2011 - Majlis berlangsung dengan penuh keceriaan dan telah dirasmikan oleh DYMM Duli Yang Maha Mulis Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada jam 3.00 petang. Majlis berjalan dengan begitu lancar sekali tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, terutamanya teknikal komunikasi dibawah penyeliaan Kelab Radio Amatur & Rekreasi (PEMANCAR) Terengganu.
Isnin, Jun 06, 2011
PERSIAPAN PERKHEMAHAN PONI PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
TER 05/06/2011 - Menjelangnya majlis perasmian Perkhemahan PONI Peringkat Kebangsaan pada 06/06/2011 jam 2.30 petang oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, persiapan terakhir termasuk latihan-latihan kepada para peserta yang mengambil bahagian giat diadakan di kawasan perkampongan TER, Kuala Ibai, Terengganu.
Sabtu, Jun 04, 2011
PERSIAPAN TERAKHIR PERKHEMAHAN PONI KEBANGSAAN 2011 - PEMANCAR
| YBhg Dato' Ramli serta rakan-rakan PEMANCAR bekerja keras untuk menyiapkan persiapan terakhir sebelum perkhemahan bermula |
TER - Persiapan terakhir bagi PEMANCAR untuk menyediakan peralatan komunikasi bagi menjayakan Perkhemahan PONI Peringkat Kebangsaan 2011 yang akan bermula pada 05 - 10/06/2011. Kerja-kerja memasang peralatan giat dijalankan di khemah khas yang telah disediakan bagi memantau situasi perkhemahan berjalan lancar.
Selasa, Mei 31, 2011
Tuanku Mizan perkenan mencemar duli
KUALA TERENGGANU - Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal berkenan untuk merasmikan Perkhemahan Poni Kebangsaan 2011 yang julung kali diadakan di Terengganu pada 6 Jun ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata, majlis tersebut akan diadakan di Bangunan Kelab, Terengganu Equestrian Resort (TER), bermula pada jam tiga petang.
Menurutnya, perkhemahan itu anjuran bersama Kerajaan Negeri dengan Majlis Ekuin Malaysia (MEM) dan Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan akan mengumpulkan semua Kelab Poni di seluruh Malaysia yang bernaung dibawah MEM.
Isnin, Mei 30, 2011
MESYUARAT KHAS PERKHEMAHAN PONI KEBANGSAAN 2011
TER 30/05/11 - Mesyuarat khas Perkhemahan Poni Peringkat Kebangsaan 2011 yang melibatkan PEMANCAR Terengganu telahpun diadakan di Bilik Mesyuarat TER, Kuala Ibai, Terengganu, yang dipengerusikan oleh Dato' Hamzah. Turut hadir Dato' Ramli Embong selaku Penasihat PEMANCAR, Naib Presiden PEMANCAR 9M2MSL Mohd. Sukri serta beberapa orang pegawai TER dan rakan-rakan PEMANCAR.
Langgan:
Catatan (Atom)
