Memaparkan catatan dengan label Renongan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renongan. Papar semua catatan

Khamis, November 18, 2010

Masa Meninggalkan Manusia

Masa berlalu begitu pantas.
Yang muda semakin tua ... 
Dan yang tua semakin tua .... dan bakal  menghadapi kematian!

Apakah erti sebenar kehidupan ini?!

Apakah yang dikejar2 olih ramai manusia didunia ini?
Kekayaan?
Kemewahan?
Kedamaian?
Ketenangan?
Kasih sayang?
Persahabatan?...... 
Kebenaran?
Atau....Apa?!

Dimana-mana kita dapat melihat berbagai2 kejadian.
Hari demi hari......
Suka dan duka.
Senyum dan tangis
Tenang dan gelisah
Air-mata dan pertumpahan darah
Jaya dan gagal
Kelahiran dan kematian!

Aku masih mengira-ngira tentang itu semua.
Yang aku pasti ialah....
Masa tetap akan bejalan terus tanpa belas kasihan dan tanpa menolih kebelakang!

Sikap Manusia

SIKAP MANUSIA

Dizaman ini.....
Busuk hati memang banyak sekali!
Berkembang biak dimana-mana....

Madah cinta menjadi mundur dan lemah
Tidak lagi berkembang
Susah untuk bernafas
Terlalu kerdil dalam ketakutan!

Dizaman ini.....
Busuk hati menjadi teman manusia 
Hidup berleluasa
Hiasan sanggul dikepala
Menjadi pujaan senjata kemajuan
Dengan nama kemanusian
Penuh dengan kepura-puraan!

Madah cinta sudah tidak dapat berbuat apa-apa!
Kesaorangan diri
Hidup disebalik tabir realiti.....

Mutiara Kata

ANDA TIDAK DAPAT MENGGEMBIRAKAN SEMUA ORANG DENGAN HARTA BENDA.   OLEH ITU GEMBIRAKANLAH MEREKA DENGAN SENYUMAN BERSERI DAN IKHLAS LUHUR.  (MAKSUD HADITH)

ORANG YANG BANYAK BERKATA, AKAN BANYAK SILAP DAN ORANG YANG BANYAK SILAP AKAN BANYAK DOSA DAN ORANG YANG BANYAK DOSA IALAH NERAKA LEBIH LAYAK BAGINYA.  (MAKSUD HADITH)


DAN CARILAH APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN ALLAH KEPADAMU KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT DAN JANGANLAHKAMU LUPAKAN NASIB KAMU DI DUNIA. DANBERBUAT BAIKLAH KEPADA ORANG LAIN - SEBAGAIMANA ALLAH TELAH BERBUAT BAIK KEPADA KAMU. DAN JANGANLAH KAMU BERBUAT KERUSAKAN DI BUMI KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAIORANG-ORANG YANG MELAKUKAN KERUSAKAN.   (SURAH AL QASHASH - AYAT 77)

BACALAH APA YANG TELAH DIWAHYUKAN KEPADAMU,IAITU AL KITAB (AL QURAN) DAN DIRIKANLAH SEMBAHYANG. SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU MENCEGAH DARI PERBUATAN-PERBUATAN YANG KEJI DAN MUNGKAR. DAN SESUNGGUHNYA MENGINGATI ALLAH (SEMBAHYANG) ADALAH LEBIH BESAR (KEUTAMAANNYA DARI IBADAT-IBADAT YANG LAIN) DAN ALLAH MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN.   (SURAH AL`ANKABUUT - AYAT 45)

SAYA TINGGALKAN UNTUK KAMU DUA PERKARA, KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAMA KAMU BERPEGANG TEGUH DENGAN KEDUA-DUANYA,IAITU KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA.  ( Maksud Hadith )

 LANGIT DAN BUMI INI MILIK ALLAH DAN ALLAH KUASA DI ATAS SEGALA SESUATU. SESUNGGUHNYA TENTANG KEJADIAN LANGIT DAN BUMI DAN PENGGANTIAN MALAM DAN SIANG ADALAH MENJADI KETERANGAN BAGI ORANG-ORANG YANG MENGERTI. ORANG-ORANG YANG MENGINGAT ALLAH KETIKA BERDIRI DAN DUDUK DAN KETIKA BERBARING DAN MEREKA MEMIKIRKAN TENTANG KEJADIAN LANGIT DAN BUMI SAMBIL BERKATA: WAHAI TUHAN KAMI TIADALAH ENGKAU MENJADIKAN INI DENGAN SIA-SIA. MAHA SUCI ENGKAU, MAKA PELIHARALAH KAMI DARI SIKSA NERAKA. (MAKSUD SURAH ALI'MRAN)

DAN ALLAH MENYEDIAKAN BAGI KAMU SEGALA APA YANG DI LANGIT DAN APA YANG DI BUMI SEMUANYA. SESUNGGUHNYA DEMIKIAN ITU MENJADI BUKTI KEKUASAAN ALLAH BAGI MEREKA MEMIKIRNYA. (MAKSUD AL-QURAN)

HAI MANUSIA! SESUNGGUHNY KAMI JADIKAN DARI SEORANG LELAKI DAN PEREMPUAN. DAN KAMI JADIKAN KAMU BERBANGSA-BANGSA, SUPAYA KAMU SALING KENAL MENGENAL. SESUNGGUHNYA SEMULIA-MULIA KAMU DI SISI ALLAH IALAH YANG BERTAKWA. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MENGENAL. (MAKSUD SURAH AL HUJURAAT - AYAT 13)

SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA ITU DALAM KEADAAN YANG PALING BAIK. KEMUDIAN KAMI KEMBALIKAN DIA DALAM DARJAT YANG PALING RENDAH KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. MAKA BAGI MEREKA GANJARARAN YANG TIDAK TERHINGGA. (MAKSUD SURAH AT THIIN - AYAT 4 - 6)

REBUTLAH LIMA MASA SEBELUM TIBA LIMA MASA, MASA MUDAMU SEBELUM TUA, MASA SIHATMU SEBELUM SAKIT, MASA KAYAMU SEBELUM FAKIR, MASA LAPANG SEBELUM SIBUK DAN MASA HIDUP SEBELUM MATI. (MAKSUD HADITH) 

Renong-Renongkan Lah

Kelmarin adalah kenangan, 
Hari ini adalah perjuangan, 
Esok..bukanlah satu kepastian.

*~*~*~*

Menyintai bukan bererti memiliki, 
Memiliki bukan bermakna menakluki, 
CiNTa itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran.

*~*~*~*

Benih azam yang menyusur diri adalah warna ketinggian nurani, 
renda kemenangan adalah cambahan kesabaran yang tidak pernah pudar. 
Ayuh....bangun merentangi halangan demi sebuah mekarnya kejayaan.

*~*~*~*

Teruskan perjuangan dalam bidang yang diminati walau, 
sebesarmanapun gelombang yang menghalang. Usah kembali berpatah ke 
Pengkalan, layarkan terus bahtera perjuangan hingga berjaya mencecah 
Pulau Impian.

*~*~*~*

Persahabatan yang telah terbina ibarat dua buah jambatan yang 
menghubungkan antara dua benua. Jambatan itu akan terus kukuh jika 
ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak.

*~*~*~*

Tidak dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan. Tidak 
dinamakan kematangan jika tidak ada kekalutan.

*~*~*~*

Ramai orang lebih mengenali orang lain, 
Tapi...tidak mengenali diri sendiri. 
Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang 
tanpa menghitung kekurangan dan kesilapan sendiri.

*~*~*~*

Kalau inginkan kesejahteraan setahun... 
tanamlah benih. 
Kalau inginkan kesejahteraan 10 tahun... 
tanamlah pokok 
Kalau inginkan kesejahteraan 100 tahun... 
Maka..didiklah manusia

*~*~*~*
Pentingkan diri sendiri amat penting dalam hidup kita,
tetapi....pentingkan diri orang yang di sekeliling kita juga amat penting
untuk kesejahteraan.