Jumaat, Februari 18, 2011

Menghayati makna 1Malaysia, 1Ummah

1MALAYSIA, 1Ummah merupakan tema yang dipilih sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Tema ini ringkas dan jelas. Ia mengajak kita semua untuk berpadu demi membina sebuah negara yang berjaya. Namun, di manakah kita dalam memahami dan melaksanakan matlamat yang cuba dianjurkan tema tersebut?

Dengan melihat keadaan semasa, setiap seorang daripada kita boleh hidup secara bersama. Kita boleh berjiran bersama, tidak kira bangsa, agama mahupun latar belakang keluarga. Ini adalah hasil usaha pemimpin negara sejak awal kemerdekaan. Ketika itu, mereka tahu bahawa tanpa perpaduan dalam kalangan rakyat, maka Malaysia (ketika itu, Persekutuan Tanah Melayu) tidak mampu bangkit sebagai sebuah negara merdeka.

Bayar Cepat! Tinggal 11 Hari Saja Lagi!!!!!

Rakyat Malaysia mempunyai sebelas hari lagi untuk membayar saman tertunggak dan menikmati kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan berhubung kesalahan lalu lintas kerana tempoh itu tidak akan disambung, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang masih memiliki saman tertunggak untuk membuat bayaran di pejabat pos atau secara online melalui Portal MyEG.

"Tempoh dah nak habis. Tempoh ini tidak akan disambung. Sekarang ada 11 hari lagi. Jangan bayar pada saat-saat akhir,” katanya kepada media selepas memberi penjelasan lanjut berhubung kadar baru kompaun bagi kesalahan lalu lintas yang akan berkuat kuasa 1 Mac ini.

Sebelum ini, kerajaan pada Ogos tahun lepas mengambil keputusan bagi menangguhkan sementara sekatan urusniaga (senarai hitam) bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu sehingga 28 Februari ini.

Solah berkata, kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah ditangguhkan. - Bernama

Khamis, Februari 17, 2011

Perletakan Jawatan Presiden


9W2CRI
9W2WSY
Dimaklumkan bahawa Presiden PEMANCAR 9W2CRI Mohd. Sobri bin Mat Ali, telah menghantar surat perletakan jawatan berkuatkuasa serta-merta kepada Setiausaha PEMANCAR 9W2UMT Ahmad Fazli bin Mohamed pada hari ini 16 Februari 2011 diatas sebab-sebab tertentu.  Maka dengan ini Tim. Presden 9W2WSY Wan Md. Syukri bin Wan Mohamad Ali akan mengambil alih tugas sebagai Pemangku Presiden PEMANCAR sehingga perlantikan yang akan dibuat dalam Mesyuarat Agong PEMANCAR pada 12 Mac 2011 nanti.

Rabu, Februari 16, 2011

Kerajaan Tunggu Gambaran Terkini Dari Mesir

Kerajaan Terengganu  sedang berurusan dengan kedutaan Malaysia di Mesir untuk mendapat gambaran terkini  serta menunggu berita  dari Wisma Putera sebelum membuat sebarang keputusan  mengenai kepulangan semula pelajar dari negeri ini ke Mesir.

“Apa-apa pun kita kena tunggu dan selaras dengan Kerajaan Pusat bila dan masa sesuai mereka boleh kembali ke Mesir,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said kepada pemberita sebaik selesai Majlis Temu Mesra Menteri Besar Bersama Pelajar Terengganu Yang Menuntut di Mesir, di Dewan Besar Wisma Darul Iman petang ini (16 Februari).

Hotel Maidam Siap Oktober


Hotel tujuh tingkat milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang bernilai RM37.4 juta, dijangka siap pada bulan Oktober ini dan mula digunakan seawal tahun depan.

Selasa, Februari 15, 2011

Salam Maulidur Rasul Buat Umat Islam Di Seluruh Dunia

Assalamualaikum...
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di dunia ini..Marilah kita sama-sama mengingati Baginda S.A.W, berselawat ke atasnya dan menginsafi segala dosa-dosa kita yang lalu..Semoga sempena hari kelahiran Nabi Muhammad dapat memberi semangat dan kelahiran baru buat kita..

Tanpa Baginda kita akan sesat
Tanpa Baginda kita akan jahil
Tanpa Baginda kita pasti tak mengenali Islam
Terima kasih Rasulullah S.A.W

Marilah kita ambil masa seketika
Berselawat dan mengingati Baginda
Kita Ummatnya..
"Tidaklah aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat seluruh alam" (al-Anbia': 107)

AWAS! Tudung yang menyerupai NUN

Keghairahan dalam fesyen tudung sudah mencapai tahap yang kronik. Pelbagai jenama dari pereka-pereka tudung seluruh dunia menjadikan tudung sebagai produk yang sangat laris dan menguntungkan.

Pereka fesyen tudung bukan sahaja terdiri dari orang Islam, tetapi bukan Islam juga memainkan peranan yang cukup besar dalam industri ini . Bagaimana pun kita tidak harus terperangkap dalam keghairahan bertudung.

Ini kerana sudah nampak unsur-unsur kristian telah menyerap dalam rekaan tudung untuk muslimin. Antara ciri-ciri nun yang terdapat dalam rekaan tudung ialah pemakain akan menjerut leher seketat-ketatnya dan mempunyai penutup sanggul dibahagian atas belakang kepala supaya kelihatan menonjol dari belakang.


Isnin, Februari 14, 2011

Dajjal Sudah Lahir Di Israel ????

Benarkah bahwa dajjal telah lahir? sebuah foto yang diambil dari negara israel, seorang bayi mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan dajjal. Apa menurut anda tentang hal ini?

Ciri-ciri Dajjal

Dajjal Buta sebelah Matanya

Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهما bahwasannya Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyebutkan Dajjal ditengah-tengah manusia seraya berkata:

إن الله لايخفى عليكم إن الله ليس بأعور ألا وإن المسيح الدجال أعور العين كأن عينه عنبة طافية

Sesungguhnya Allah ta’ala tidak Buta.Ketauhilah bahwa al-Masih ad Dajjal buta sebelah kanannya.seakan-akan sebuah anggur yang busuk. (HR. Bukhari)

Ahad, Februari 13, 2011

KUNJUNG HORMAT AHLI PEMANCAR BERSAMA KETUA POLIS TERENGGANU

Kunjung hormat telahpun berlangsung pada 13 Februari 2011 mulai jam 4.00 petang hingga 5.45 petang, di Pejabat Ketua Polis Terengganu.  Turut hadir ahli Pemancar adalah 9W2WSY Wan Md. Syukri bin Wan Mohamad Ali, Tim. Presiden Pemancar, 9M2BAL Mohd Iqbal Mohd. Noor, 9M2VOT A. Rasad Mohamed, 9M2MSL Mohd. Noor Sukri Yusoff, 9W2BHT Hamdan Hussain, 9W2MWI Mohd. Hasmawi Hashim, 9W2POL Hussein Johari, 9W2WTR Mohd. Helmi, 9W2KTJ Rosnani Jaafar dan 9W2JYA Haslinda Samat.  Kunjungan kami disambut mesra oleh YDH Dato' Jamshah dan dihidangkan dengan minuman teh serta kueh mueh.

Didalam perbincangan yang diadakan, YDH Dato' Jamshah, Ketua Polis Terengganu telah memberi respon yang begitu memberangsangkan dan begitu berminat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh rakan-rakan PEMANCAR, demi kerjasama duahala diantara kedua-dua pihak.  Insyallah.
YDH Dato' Jamshah, Ketua Polis Terengganu





MESYUARAT AJK PEMANCAR

Mesyuarat diadakan pada 12 Februari, 2011 jam 9.00 malam di Bilik Mesyuarat Sek. Menengah Teknik, Wakaf Tembusu, Kuala Terengganu.  Mesyuarat di Pengerusikan oleh Presiden PEMANCAR Mohd. Sobri Mat Ali - 9W2CRI.  Diantara perbincangan yang telah diperbincangkan didalam mesyuarat tersebut adalah Kunjungan Hormat AJK PEMANCAR ke Pejabat Ketua Polis Terengganu pada 13 Februari 2011 jam 4.00 petang.  Tujuan kunjungan hormat tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali silatulrahim dan semangat kerjasama diantara Polis dengan ahli-ahli Radio Amatur Negeri Terengganu (PEMANCAR).




Lebih 500,000 Komputer Riba Diedarkan Ke Seluruh Negara Tahun Ini

KUALA KLAWANG, 11 Feb (Bernama) -- Lebih 500,000 komputer riba 1Malaysia akan diedarkan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata komputer berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada fasa kedua pembekalan komputer riba 1Malaysia, akan diedarkan dalam tempoh tiga minggu dari sekarang.

"Untuk fasa pertama diperuntukkan sebanyak 123,000 komputer riba manakala fasa kedua sebanyak 200,000. Sehingga kini 200,000 komputer riba telah selesai diedarkan di seluruh kawasan Parlimen dan sekolah di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung berkelompok Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah di Parlimen Jelebu 2011 di sini.