Sabtu, Mei 21, 2011

PUKAT PANTAI DI PERSISIR PANTAI PULAU KERENGGA, MARANG


Aktiviti memukat ikan dikawasan persisir pantai fasa ketiga diteruskan lagi oleh rakan-rakan Pemancar.  Kali ini dipersisir pantai Pulau Kerengga, Marang, Terengganu berhadapan dengan Jabatan Penjara Marang.  Seramai 14 orang rakan-rakan HAM termasuk beberapa orang pegawai Jabatan Penjara turut serta didalam aktiviti yang dianjurkan.

Jumaat, Mei 20, 2011

Batik songket Terengganu tembusi pasaran antarabangsa


Batik dan songket Terengganu mempunyai potensi besar untuk menembusi pasaran antarabangsa apabila beberapa syarikat tekstil dari luar negara menunjukkan minat untuk memasarkan produk itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, YB Dato’ Haji Mohamed Awang Tera berkata, maklum balas ini diterima melalui program ‘Idaman Terengganu’ inisiatif kerajaan negeri yang mengadakan promosi dan rangkaian niaga di negara-negara Eropah tahun lepas.

Khamis, Mei 19, 2011

Tuanku Mizan akan rasmi Perkhemahan Poni Kebangsaan


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan merasmikan Perkhemahan Poni Kebangsaan 2011 di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai pada 6 Jun ini, kira-kira jam 3.00 petang.

Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, program anjuran bersama Majlis Ekuin Malaysia (MEM) dan bahagian sukan Kementerian Pelajaran Malaysia ini diadakan selama lima hari iaitu bermula 5 hingga 10 Jun.

“Penganjuran kali pertama ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada ahli kelab tentang cara penjagaan serta memelihara haiwan itu dengan sempurna.

Rabu, Mei 18, 2011

REPEATER 9M4RBJ (BUKIT JERONG) SEDANG DIBAIKPULIH !! BERSABAR


Kerja-kerja membaik pulih repeater 9m4rbj - Bukit Jerong, Marang, Terengganu sedang dijalankan oleh rakan-rakan PEMANCAR yang diketuai oleh Presiden Pemancar 9W2WSY Wan Mohd. Sukri.  Semua ahli-ahli Pemancar diharap dapat bersabar diatas kesulitan yang tidak disengajakan.

Selasa, Mei 17, 2011

Kerajaan akan pasang CCTV di kawasan lumba haram


Kerajaan negeri bercadang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua kawasan yang dikenal pasti bagi mencegah berlakunya perlumbaan haram oleh kumpulan remaja yang digelar mat rempit di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata,bila ada CCTV, gambar aksi mereka dapat dirakam dan akan panggil ibu bapa mereka untuk melihat kegiatan anak-anak mereka yang mendatang bahaya kepada orang ramai.

“Saya akan minta kerjasama pihak polis untuk kenal pasti kawasan itu dan kerajaan akan pasang CCTV,” katanya kepada pemberita selepas membuat melawat keadaan mangsa rempuhan mat rempit di Wad 5CD Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) petang ini.

Guru Nikmati Lima Kaedah Kenaikan Pangkat Mulai Januari Depan - Najib


KUCHING, 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Isnin, Mei 16, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU


Perutusan khas buat seluruh warga guru-guru seluruh Malaysia yg dihormati dan dikasihi.
Bagi pihak seluruh pimpinan dan ahli PEMANCAR mengucapkan ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU – GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA’.
Guru bukan sahaja pendidik malah merupakan pejuang ke arah kegemilangan anak anak negara malah benteng kepada Agama Islam sebagai Agama Resmi Persekutuan,Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Mempertahan Hak Pribumi dan Memertabat Istitusi Raja.
Hari Guru yang di sambut pada 16 Mei setiap tahun, dan temanya Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Jika dilihat pada tema tahun ini, jelaslah bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para guru perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan.
Kami Warga PEMANCAR mendoakan semoga Semua Warga Guru sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT didalam meneruskan kesinambungan Bakti Untuk Rakyat dan Negara.
Jasa guru – DULU, KINI dan SELAMANYA’ tetap di kenang oleh murid muridnya yang tahu mengenang bakti luhur guru guru mereka.

Ahad, Mei 15, 2011

Kontraktor liat berdepan tindakan disenaraihitamkan


Kerajaan negeri mengingatkan semua kontraktor Bumiputera di negeri supaya menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelak tindakan pembatalan sekaligus mengakibatkan syarikat mereka disenaraihitamkan.

“Saya beri amaran, jika satu-satu projek sampai tahap dibatalkan, mereka (kontraktor) mungkin akan disenaraihitamkan. Maka satu projek pun dia tidak dapat masuk, ini risiko yang terpaksa ditanggung.