Memaparkan catatan dengan label TER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TER. Papar semua catatan

Khamis, Mei 19, 2011

Tuanku Mizan akan rasmi Perkhemahan Poni Kebangsaan


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan merasmikan Perkhemahan Poni Kebangsaan 2011 di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai pada 6 Jun ini, kira-kira jam 3.00 petang.

Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, program anjuran bersama Majlis Ekuin Malaysia (MEM) dan bahagian sukan Kementerian Pelajaran Malaysia ini diadakan selama lima hari iaitu bermula 5 hingga 10 Jun.

“Penganjuran kali pertama ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada ahli kelab tentang cara penjagaan serta memelihara haiwan itu dengan sempurna.

Ahad, Mac 27, 2011

Lawatan Rakan HAM Mersing, Johor ke Pejabat PEMANCAR


Pada 26 Mac 2011 jam lebih kurang 3.00 petang, rombongan rakan HAM daripada Mersing, Johor telah mengadakan lawatan ke pejabat Pemancar, di Lot 1, Tingkat 1, Komplek Sukan, Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.  Rombongan seramai lebih kurang 20 orang disambut oleh Penasihat Pemancar YBhg. Dato' Ramli Embong, Presiden Pemancar 9W2WSY Wan Md. Syukri serta ahli-ahli Pemancar.

Isnin, Mac 07, 2011

Pejabat Baru Kelab Radio Amatur Dan Rekreasi (PEMANCAR) Negeri Terengganu


Telah dilancarkan dengan rasminya pada hari Isnin 07 MAC 2011 jam 1330 hrs di Lot. 1, Tingkat 1, Komplek Sukan Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, Kuala Terengganu oleh YBhg. Dato' Ramli Embong.  Turut serta di majlis ringkas perasmian adalah Tuan Haji Amrun - Pengurus TER, Pemangku Presiden PEMANCAR 9W2WSY Wan Mohd Syukri dan rakan-rakan yang lain.