Memaparkan catatan dengan label Remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Remaja. Papar semua catatan

Isnin, Mac 28, 2011

Jika Amal Gaya Hidup Tidak Sihat, Golongan Muda Berisiko Kena Strok

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Golongan muda juga tidak terlepas daripada risiko diserang angin ahmar atau strok memandangkan 15 peratus daripada 480 kes terdiri daripada golongan muda di bawah umur 50 tahun.

Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail hari ini risiko itu tidak dapat dielakkan sekiranya mereka tidak mengamalkan cara hidup yang sihat.

"Fenomena ini semakin membimbangkan, kerana penyakit ini boleh menyerang secara tiba-tiba dan boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit secara berterusan," katanya pada majlis makan tengah hari meraikan lebih 150 pesakit strok dalam usia muda di sebuah restoran di sini.