Memaparkan catatan dengan label Kuala Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Terengganu. Papar semua catatan

Rabu, Mac 30, 2011

Banjir Di Terengganu: 748 Dipindah Di Empat Daerah

KUALA TERENGGANU: Seramai 748 orang dipindahkan ke 10 pusat pemindahan mangsa banjir setakat 2 petang ini setelah empat daerah di Terengganu dilanda banjir berikutan hujan lebat luar biasa sejak Isnin.
Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu berkata empat pusat pemindahan dibuka di Kemaman yang menempatkan 175 mangsa daripada 33 keluarga manakala di Marang sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka menempatkan 31 mangsa banjir dari 13 keluarga.
Di Kuala Terengganu, dua pusat pemindahan kini menempatkan 211 penduduk dari 46 keluarga yang mula berpindah sejak tengah malam tadi manakala di Dungun, sebuah pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 22 mangsa daripada enam keluarga, katanya kepada Bernama Selasa.

Selasa, Mac 29, 2011

Bot Nelayan Pecah Tersadai Di Pantai Tok Jembal

KUALA TERENGGANU, 28 Mac (Bernama)-- Sebuah bot nelayan yang pecah dipukul ombak besar ditemui terdampar di Pantai Tok Jembal berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata empat nelayan asing yang berada dalam bot milik warga tempatan yang didaftar di Johor itu sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai pada kejadian kira-kira pukul 5 petang Ahad.

Sabtu, Mac 19, 2011

Resolusi martabatkan bahasa Melayu

Tujuh resolusi dicapai sempena Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu 2011 dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi kerajaan.

Presiden Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Profesor Madya Dr Hashim Othman berkata seminar anjuran PPBM Cawangan Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Pelajaran Terengganu itu memberi fokus kepada penambahbaikan dasar bahasa dan pembudayaan bahasa Melayu itu sendiri.


Katanya, resolusi turut meminta kerajaan mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar untuk semua mata pelajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi awam.

Sabtu, Mac 12, 2011

Gempa bumi di Jepun: Polis Terengganu pantau pantai

KUALA TERENGGANU 11 Mac – Pasukan peronda polis di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di Terengganu telah diarahkan untuk memantau sepanjang pesisir pantai Terengganu mulai petang tadi.

Pegawai Bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, ASP Shuhaimi Jusoh berkata, ia dibuat sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan laut bergelora dan ombak besar ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun hari ini.

Gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang hari ini, dilapor mencetuskan fenomena tsunami setinggi 10 meter.

"Rondaan dibuat bagi memantau keadaan setelah mendapat arahan daripada Bukit Aman.

"Walaupun kita mungkin tidak terjejas dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, kita tetap berjaga-jaga dan pasukan peronda akan menasihatkan penduduk agar tidak melakukan aktiviti seperti mandi-manda di pantai berikutan jangkaan paras air akan naik,” kata Suhaimi.

Beliau berkata, rondaan akan dibuat sehingga tengah malam ini bergantung kepada arahan seterusnya. – Bernama

Rabu, Mac 09, 2011

Kerajaan negeri pantau prestasi pelajar guna Portal ‘Fokus A’ EBSIS2Y


Seramai 70 pelajar tingkatan lima dari tujuh sekolah menengah di daerah Setiu berpeluang menikmati kemudahan belajar secara ‘online’ menggunakan Portal ‘Fokus A’ EBSIS2Y yang disumbangan Puteri Umno Malaysia, bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

Pergerakan Puteri Umno Malaysia menyerahkan set portal EBSIS2Y kepada pengetua tujuh sekolah terpilih di majlis khas yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim, hari ini.

Selasa, Mac 08, 2011

Tadarus Al-Quran isi program cuti sekolah


Penduduk tempatan boleh membawa anak-anak mereka ke Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam untuk melihat kegigihan sebahagian pelajar Sekolah Menengah Imtiaz, membaca al-Quran di masjid itu selama lima hari berturut-turut, mulai 13 Mac ini.

Sepanjang program itu, 30 pelajar SMK Imtiaz Kuala Terengganu akan memperdengarkan bacaan dari ayat-ayat suci al-Quran sehingga 30 juzuk, mulai 9 pagi hingga 6 petang.