| Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-10 2011 Persatuan Imam dan Bilal Masjid Mukim negeri Terengganu, di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu |
Kerajaan negeri bercadang menyediakan imbuhan khas kepada imam dan bilal di negeri ini yang bersedia dan sanggup menguruskan jenazah di kampung masing-masing.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said meminta supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengkaji secara terperinci cadangan itu temasuk mengadakan satu resolusi khusus berhubung pengurusan jenazah.