Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

Jumaat, September 02, 2011

Perut gendut hati-hati berhari raya


Image Detail

Hari ini pula Raya masuk hari ketiga. Silap hari bulan kadar kolesterol, gula dan garam menjulang jika anda langgar pantang. Apa tidaknya kalau sayur lodeh, rendang lembu, ayam kurma, kari, kuih-muih sudah jadi santapan harian tak sampai seminggu badan macam dipam-pam.

Nak bersenam pula ikut mood, konon tunggu datang seru. Akibatnya? Badan selalu buat ragam.

Sabtu, Ogos 27, 2011

TONTONI LAH WAHAI KAUM HAWA MENJELANG AIDILFITRI !!!!!!

Usah cacatkan anak bangsa dengan mercun

Image Detail
Kecederaan akibat mercun
RAMADAN akan berakhir tidak lama lagi. Kemeriahan Syawal semakin terasa apabila wujudnya deretan gerai menjual lemang bakar di tepi jalan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Namun begitu, terdapat sebuah gerai lain yang lebih berdaya saing dan mampu mengaut keuntungan dengan margin yang lebih besar walaupun barang jualan tidak seberapa. Berdasarkan pengamatan saya, pada mulanya peniaga ini atau lebih tepat dipanggil ‘usahawan’ hanya berniaga secara kecil-kecilan mungkin untuk tinjau sambutan orang ramai.