Memaparkan catatan dengan label Bulan Ramadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bulan Ramadan. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 27, 2011

Usah cacatkan anak bangsa dengan mercun

Image Detail
Kecederaan akibat mercun
RAMADAN akan berakhir tidak lama lagi. Kemeriahan Syawal semakin terasa apabila wujudnya deretan gerai menjual lemang bakar di tepi jalan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Namun begitu, terdapat sebuah gerai lain yang lebih berdaya saing dan mampu mengaut keuntungan dengan margin yang lebih besar walaupun barang jualan tidak seberapa. Berdasarkan pengamatan saya, pada mulanya peniaga ini atau lebih tepat dipanggil ‘usahawan’ hanya berniaga secara kecil-kecilan mungkin untuk tinjau sambutan orang ramai. 

Rabu, Ogos 03, 2011

‘Mungkin ini Ramadan terakhir’


KUALA TERENGGANU - Umat Islam disarankan meningkatkan amal ibadat dan berusaha menjadikan Ramadan kali ini sebagai Ramadan yang terbaik.

Imam Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, kedatangan Ramadan al-Mubarak seharusnya digunakan sebaiknya-baiknya dan jangan ‘mengotorinya’ dengan keingkaran kita dengan melanggari perintah Allah.

Sabtu, Julai 30, 2011

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA (JADUAL WAKTU BERPUASA DAN IMSAK 1432H)


Penaung Kelab PEMANCAR Terengganu YAM Dato' Seri Temenggung Raja Tengku Baharuddin, mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua warga PEMANCAR serta umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Pada tahun 2011, tarikh 1 Ramadhan 1432H jatuh pada 1 Ogos 2011 iaitu hari Isnin dan hari Raya Aidilfitri pula bakal disambut pada 30 Ogos 2011 iaitu hari Selasa. berikut adalah senarai penuh jadual waktu berbuka puasa dan Imsak untuk tahun 2011M bersamaan 1432H bagi kawasan seluruh Malaysia.

Khamis, Julai 28, 2011

Barang Keperluan Ramadan Di Terengganu Dijangka Mencukupi

View Image

KUALA TERENGGANU, 27 Julai (Bernama) -- "Mencukupi". Itulah yang boleh disimpulkan mengenai bekalan barang keperluan menjelang Ramadan akan datang hasil tinjauan di Pasar Payang di sini, Khamis.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakkan barangan seperti minyak, tepung, gula dan daging masih dalam keadaan mencukupi serta mampu menampung permintaan pelanggan sementara harga ayam terdapat sedikit kenaikkan malah dijangka terus naik semasa Ramadan.