Kecederaan akibat mercun |
RAMADAN akan berakhir tidak lama lagi. Kemeriahan Syawal semakin terasa apabila wujudnya deretan gerai menjual lemang bakar di tepi jalan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Namun begitu, terdapat sebuah gerai lain yang lebih berdaya saing dan mampu mengaut keuntungan dengan margin yang lebih besar walaupun barang jualan tidak seberapa. Berdasarkan pengamatan saya, pada mulanya peniaga ini atau lebih tepat dipanggil ‘usahawan’ hanya berniaga secara kecil-kecilan mungkin untuk tinjau sambutan orang ramai.

Barangan jualannya hanya diletakkan di atas sebuah meja kecil untuk mengetahui reaksi dari semasa ke semasa. Waktu perniagaan pula sekitar jam 5 petang hingga 7 malam. Disebabkan sambutan amat memberangsangkan, peniaga terbabit melakukan transformasi dengan menambah bilangan peralatan perniagaan seperti meja, kerusi dan payung bagi keselesaan ketika berurusan dengan pelanggan khususnya remaja.
Waktu perniagaan pula dilanjutkan hingga jam 11 malam. Usaha usahawan ini tidak sia-sia kerana barangan jualannya laris seperti pisang goreng panas.
Namun baru-baru ini, gerai usahawan itu sudah tidak kelihatan lagi mungkin selepas diintip oleh pihak berkuasa.
Berkemungkinan usahawan terbabit sedang menyertai kursus untuk mempelajari kaedah atau konsep berniaga secara francais pula. Namun, ada juga khabar usahawan ini tidak lagi aktif selepas barangan dirampas.
Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa gerainya sudah diserbu oleh pihak polis! Buat pengetahuan pembaca, ketika surat ini ditulis, sudah lebih 10 kes yang membabitkan kemalangan akibat bermain mercun berlaku di seluruh negara.
Majoriti mangsa yang terbabit putus jari, ada yang berkemungkinan buta dan macam-macam lagi.
Bagaimana mereka ingin meneruskan kelangsungan hidup dengan kecacatan yang ditempah sendiri?
Buat usahawan lain di luar sana yang masih aktif menjual mercun, kasihanilah semua mangsa anda yang belum matang dan tidak bersalah ini.
Semoga pihak berkuasa dapat meningkatkan lagi pemantauan agar kes kemalangan akibat bermain mercun yang semakin menjadi-jadi ini dapat diatasi secepat mungkin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan