KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas telah kehilangan empat jari yang dimamah mesin air tebu baru-baru ini.
Mangsa, Encik Ngah Ismail, 69 tahun, yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), berkata kejadian itu berlaku di gerai air tebu miliknya pada 6.30 petang, 10 Ogos lalu.

Encik Ngah, yang menetap di Kampung Paloh Sungai Kiat, di sini, berkata sebelum kejadian, beliau memulakan perniagaannya di hadapan rumahnya pada 4.30 petang.
'Memandangkan mesin tebu rosak, menantu menghadiahkan mesin tebu baru kepada saya dua hari sebelum kejadian itu. Mesin tebu itu lebih cepat dan lancar berbanding mesin tebu lama.
'Ketika asyik memasukkan tebu ke dalam mesin sambil dibantu dua anak, tiba-tiba jari saya berasa sakit dan pedih sebelum menyedari ia dimamah mesin tebu.
'Saya yang panik melihat jari secara perlahan-lahan dimamah mesin tebu, menjerit meminta tolong sebelum salah seorang anak datang menutup suis mesin tebu itu,' katanya.
Menurut Encik Ngah, kedua-dua anaknya juga bertungkus lumus membuka komponen mesin tebu itu bagi mengeluarkan tangannya yang tersepit.
'Selepas 10 minit berusaha membuka komponen mesin tebu itu, tangan kanan saya berjaya dikeluarkan dan saya sempat melihat empat jari iaitu telunjuk, hantu, manis dan kelengkeng hancur,' katanya.
Encik Ngah berkata beliau kini tidak pasti sama ada akan meneruskan perniagaan air tebu yang diusahakan sejak 20 tahun lalu itu atau sebaliknya selepas sembuh nanti.
'Jika diikutkan semangat, saya masih berhasrat berniaga tetapi melihat keadaan tangan, agak mustahil bagi saya meneruskan perniagaan itu, kecuali dibantu anak-anak,' katanya.
Isterinya, Cik Maznah Abdul Rashid, 59 tahun, berkata beliau yang ketika itu sedang masak di dapur tergamam sebaik diberitahu anak mengenai kejadian itu.
'Saya dan anak sudah sepakat tidak akan membenarkan suami berniaga air tebu lagi. Cukuplah 20 tahun beliau menyara hidup keluarga melalui perniagaan itu. Tiga daripada enam anak kami sudah bekerja dan mereka boleh menyara kami sekeluarga. Beliau tidak perlu lagi membahayakan diri,' katanya. -- Harian Metro.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan