
PERMATANG PASIR: Impian anak jati Kampung Permatang Pasir, Datuk Khalid Mohamad Jiwa dan isterinya, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk membina masjid bagi kemudahan penduduk setempat akhirnya terlaksana setelah dirasmikan semalam oleh Sultan Kedah Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Mukim Rantau Panjang Kuala Muda itu menelan belanja hampir RM2 juta dimulakan pembinaannya pada 1 Disember 2009 dan siap sepenuhnya pada 2 Ogos tahun lalu.

“Kami menubuhkan Yayasan Nurjiwa dan bertanggungjawab membantu golongan memerlukan terutama anak yatim, golongan miskin dan mangsa bencana alam, di samping turut membantu dalam pembangunan agama khususnya pembinaan, baik pulih masjid dan surau terutama kawasan kampung,” katanya, semalam.

“Saya berharap dengan terbinanya masjid ini dapat memberi kemudahan kepada penduduk Permatang Pasir dan orang ramai menunaikan ibadat wajib dituntut agama.

Blog Medan Info Kita - MB Kedah tidak dijemput merasmikan masjid ini kerana beliau sedang sibuk dalam sebuah program menerima borang keahlian PAS dari salah seorang artis, Bob Lokman. ....? Sila klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan