Ahad, Februari 20, 2011

JHEAT pantau kegiatan maksiat

Kuala Terengganu - “Alhamdulillah, tidak ada majlis sambutan ‘hari kekasih’ yang berlaku dalam masyrakat di negeri ini,” kata Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Shaikh Harun Ismail.

Katanya, sepanjang pemantauan dan intipan yang dibuat oleh penguatkuasa JHEAT sekitar bandar ini termasuk di daerah-daerah, tidak ada tangkapan dibuat dan ini adalah rekod negeri.
                                                                                                                       Selain itu kata Dato’ Shaikh Harun pihak JHEAT telah membuat persiapan awal dengan menyebarkan peringatan kepada masyarakat melalui khutbah Jumaat di masjid-masjid seluruh negeri.
“Umat Islam perlu berhati-hati mengatur langkah dalam kehidupan hari ini yang penuh mencabar agar tidak terjebak dan terpesong daripada ajaran Islam,” katanya ketika ditemui di majlis Seminar Pemantapan Ummah Guru-guru Sekolah Menengah Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, petang semalam.

'Saya bersyukur, kerana masyarakat hari ini sudah mula menunjukkan kematangan berfikir dan tidak terikut-ikut dengan budaya barat,” katanya.

Katanya, jabatan sentiasa memberi perhatian serius terhadap usaha membentras kegiatan maksiat kalangan masyarakat dengan melaksanakan pelbagai program keagamaan.

Dato’ Shaikh Harun berkata, kerjasama erat daripada masyarakat amat dihargai kerana peranan  dimainkan menyalur maklumat, membantu jabatan mengesan sebarang kegiatan tidal bermoral.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan