Sabtu, Februari 26, 2011

Kemas penyampai inspirasi kerajaan

Terengganu 25/02/11 - Tugas mendidik generasi kecil diperingkat tadika menjadi sebahagian tanggungjawab anggota di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam membentuk sahsiah dan keperibadian kanak-kanak.

“Tidak terbatas mendidik kanak-kanak tetapi turut membantu menyampaikan inspirasi kerajaan kepada masyarakat di kampung-kampung,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Haji Ashaari Idris ketika meraikan warga Kemas DUN Langkap di Sutra Beach Resort, Rhu Tapai, Setiu.


Katanya, sebagai tonggak kepada kerajaan, anggota Kemas perlu memberi komitmen padu dalam menjalankan tugas masing-masing dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang.
“Selaku tonggak kepada kerajaan jangan mudah keliru dengan pelbagai perubahan yang berlaku sama ada dari aspek sosial dan politik sebaliknya sentiasa terbuka menerima sesuatu perkara yang berbangkit,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri Asas Tani Negeri.

Katanya, peranan yang dimainkan warga Kemas penting dalam memastikan kekuatan kerajaan meneruskan kelangsungan pembangunan yang dirancang demi kesejahteraan rakyat.

Haji Ashaari berharap semua pihak dapat mengekalkan perpaduan di semua peringkat bagi mengukuhkan kekuatan dan peranan orang Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan