Selasa, Februari 22, 2011
Definisi HAM
DEFINISI
Radio amatur adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur.
Seseorang pengendali radio amatur juga dikenali sebagai “Ham Radio” dan terdapat lebih 3 juta pengendali diserata dunia yang mana mereka akan berpeluang berhubung diantara sama lain.
SEJARAH
Sejarah Radio Amatur bermula dengan kejayaan seorang berbangsa Italy bernama Guglielmo Marconi yang telah berjaya membuat penghantaran isyarat gelombang radio jarak jauh pada tahun 1894. Ini diikuti dengan penghantaran pesanan menggunakan gelombang radio merentasi Terusan Inggeris (English Channel) pada tahun 1899. Seterusnya membuat penghantaran isyarat radio merentasi Lautan Atlantik pada tahun 1902. Guglielmo Maconi Sekitar tahun 1904, banyak kapal laut sudah dilengkapi dengan radio. Barulah kemudian pada tu, bila terjadi bencana tenggelamnya kapal Titanic di tahun 1912 , Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat.
Apakah yang dikatakan hobi radio amatur?
Radio Amatur atau dikenali sebagai “HAM” merupakan sejenis hobi yang menggunakan radio untuk berkomunikasi dan hobi ini juga memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan teknikal tentang elektronik dan radio. Eksperimen juga turut digalakkan, membolehkan kita mengembangkan lagi ilmu selain mencuba pelbagai jenis perkakasan lain (yang kadang kala melibatkan pengubahsuaian bahan terbuang) untuk dijadikan antenna dan sebagainya. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antennanya dan juga jaluran (frekuensi) yang digunakan.
Siapa yang boleh menyertai?
Radio Amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur (14 tahun keatas), pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali Radio Amatur, mereka akan dapat merasakan pengalaman yang menyeronokkan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Di dalam Radio Amatur, ianya akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik di mana ianya menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik di mana kini semakin ramai orang menyertai bidang ini.
Bagaimana untuk menyertai?
Pada peringkat awalnya, kita boleh menjadi seorang pendengar sahaja [ SWAL (short wave amateur listener) ] tetapi jika kita hendak berkomunikasi iaitu memancarkan isyarat, kita perlu mempunyai lesen dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk mendapatkan lesen Radio Amatur kita perlu menduduki R.A.E (Radio Amatur Examination), satu ujian teori yang mana bila lulus ujian ini kita layak memohon lesen kelas "B" (B License) yang mana membenarkan kita untuk menggunakan band VHF,UHF dan juga sebahagian dari HF. Dan jika kita memerlukan jalur frekuensi dan kuasa memancar yang lebih besar yang membolehkan kita meletakkan dunia didalam gengaman, kita perlu menjalani satu lagi ujian iaitu "CW Test" (Ujian Morse Kod). Setelah lulus kedua-dua ujian tersebut, maka kita jadilah sebagai seorang pengendali Radio Amatur yang profesional.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan